Mandi manda A Famosa Water World!




Dah lama aku tak sampai sini. Kali pertama sampai sini, lepas aku habis pratikal di Terengganu. Itulah pertama kali aku jejak ke sini dengan kawan-kawan. Ini merupakan kali kedua aku sampai di sini. Itupun kebetulan wife aku ada kursus kat sini.



Bagi aku, tempat ok, boleh bawa anak-anak main air. Tempat luas, cuma harap kebersihan dijaga sikit. Maybe sebab tempat dah lama, nampak macam kusam sikit di setengah area. Masa aku singgah ini, hari sabtu, tapi tak berapa ramai orang! ok jugak. Lagipun aku pun bukan suka kalau sesak-sesak sangat.


Memang sesuai untuk bawa family mandi kat sini. Tempat mainan untuk anak-anak pun ramai. Sorry gambar tak ada, sebab kamera dah simpan dalam locker. Main ngan anak-anak lebih utama. He he.


Apapun, tempat ini boleh juga dicadangkan untuk menjadi tempat buat family day. Memang sesuai sesangat, kalau pergi Alor Gajah, boleh la singgah. jangan risau, parking tetap kena bayar rm2. Untuk The Carnival dan Safari next chapter. He he.


Beroperasi -
11am - 7pm (Isnin, Rabu-Jumaat)
9am - 8pm (Sabtu - Ahad, cuti sekolah & public holiday)
Tutup setiap hari Selasa kecuali cuti sekolah & public holiday.

4 comments :

  1. kau dah lama x pegi sana....masa pegi time bujang....sakrg dah anak 3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la dengan aku.. masa bujang mai...
      nie anak 2 baru sampai..

      Delete

Terima Kasih kerana meninggalkan komen.
Sekiranya ingin mengetahui email anda sudah dibalas boleh klik pada
Subscribe by email di bawah kotak komen ini.

Related Posts with Thumbnails