
Kebetulan isteri aku ada kursus di sini.Sebab tue aku join sekali. Sambil tue, boleh bawa anak jalan-jalan. Boleh pergi Safari A Famosa, tengok pekan cowboy dan boleh mandi-mandi di Water World A Famosa. Lagi pun, dah lama aku tak sampai sini. He he.


Untuk tidur disini, ada banyak jenis penginapan! ada hotel, kondo dan banglo. Pilih ikut bajet yang dikehendaki. Kali ini, aku pilih tidur di Hotel dulu. Lagipun dah kursus pun dekat dengan area hotel.


Bagi aku, hotel ini boleh tahan ok. Cuma tak ada kolam renang dan restoran untuk makan jauh. Makanan untuk restoran ini, tak ada laa sedap sangat. Biasa saja bagi cita rasa aku. Dari segi harga, korang boleh decide sendiri melalui gambar yang aku share.

Tapi kalau setakat untuk satu malam bermalam di A Famosa resort ini, aku galakkan. Tapi kalau lebih dari satu malam, takut nanti bosan plak. Bukan ada apa sangat kat area tue. Maybe next time, kalau buat family day mungkin boleh try sewa condo atau banglo plak lepas nie.

Tentang Safari, Water World A Famosa dan The Carnival, aku cerita next time ye.