Maybank - Legoland Blogger Contest!


“Why Maybank should give me tickets to Legoland”


Agak terlambat untuk join contest dari Maybank ini. Tapi sekadar mencuba, kot-kot ada rezeki. Maklumlah, bila tengok Si Eyriqazz dan blogger lain dapat pergi ke Legoland dengan Maybank. Aku pun teringin nak join. he he.

Legoland adalah Taman Tema Antarabangsa yang pertama di Malaysia dan di Asia. Bila dah tahap antarabangsa, for sure aku punya keinginan yang tinggi untuk kesana. Nak tengok apa yang best dengan tahap antarabangsa nie! Bila tengok gambar dari kawan-kawan blogger yang lain, lagi tersentap jiwa raga ku untuk pergi ke sana. Maklumlah, Johor dah berapa tahun aku tak jejak kaki. Last sekali tahun 2003 kot, itupun sebab ada interview. he he.

Kad Debit Maybank - Sumber Google
Kenapa Maybank kena bagi kat aku tiket ke Legoland? Semestinya kerana aku merupakan pelanggan tetap Maybank. Ye la, cuba tanya semua orang, kebanyakkan memang ada akaun Maybank, Senang nak buat transfer melalui Maybank2u. Lagipun aku merupakan salah seorang pengguna tegar Debit Kad Maybank yang lambang buah Ceri tue. (Apa kaitan harimau dengan buah Ceri? aku pun tak tahu)
Cantiknya!

Lagi satu, kalau berjaya pergi ke Legoland, dapat aku tuliskan pengalaman kat blog aku ini, Di bawah kategori Jalan-Jalan. Asyik Taman Tema yang mandi manda je. Sekali sekala Taman Tema yang ada permainan la pula. he he. Lagipun, Lego nie bagus untuk meransang otak anak-anak. Dapat merangsang kreativiti mereka.
Nak bina KLCC!

Ok lah, tak sabar rasanya nak tengok Putrajaya dan KLCC versi mini. he he.

Mula-mula ingat patung je, rupanya ada mengeluarkan bunyi. he he. Sumber youtube Eyriqazz

9 comments :

  1. goodluck bro.. dapat pegi free best juga

    ReplyDelete
  2. good luck bro!!! all the best!

    ReplyDelete
  3. bila tarikh tutupnya ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah lepas bro.. 30hb September..

      Delete
  4. good luck.. kalau ada rezeki kita dua dua family pergi cuti kat legoland, na? hehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana meninggalkan komen.
Sekiranya ingin mengetahui email anda sudah dibalas boleh klik pada
Subscribe by email di bawah kotak komen ini.

Related Posts with Thumbnails