Kisah aku - Cinta monyet yang berakhir dijinjang pelamin!




Gambar masa kurus sikit. he he


Antara kisah peribadi yang bakal aku novelkan! Mampukah aku untuk buat novel kisah cinta ini? Sinopsis serba sedikit. he he. 

Kisah cinta antara aku dan bini aku daa..

Saat Perkenalan - Cinta Monyet

Aku mula kenal bini aku masa dizaman persekolahan lagi. Masa tue aku form 5 dan bini aku baru form 1. Amacam? awal tak aku tempah? Satu kebiasaan bagi lelaki yang baru nak dewasa, pantang nampak perempuan berdahi licin dan comel-comel. Semua dia nak ngorat atau mengayat. Walaupun masa sekolah dulu, aku tak lah hensem sangat, tapi ayat power aku dalam mengayat menyebabkan ramai awek dikeliling pinggang. Tak percaya? boleh tanya kawan sekolah aku atau pun blogger MJ (sebab di junior kat sekolah aku) he he. Tapi sekarang dah taubat.

Kebetulan satu kelas, aku kelas pagi dan dia kelas petang. Pada mulanya aku hanya mengushar dari jauh. Lepas tue, baru berani hantar surat, bila tengok ada respon BAIK PUNYA. Kemudian kami mula menukar surat melalui buku yang ditinggalkan dibawah meja (maklumlah, zaman aku dulu budak sekolah tak layak lagi ada HP). Itu saja cara untuk kami berkomunikasi. Maklumlah aku tinggal kat hostel, tapi dia lebih suka berulang - alik. Lagipun, rumah dia tak ada telefon yang memboleh aku bergayut setiap malam. Bermula dari adik angkat terus upgrade kepada yang lebih terangkat MARKA!

Bersama ustazah yang mengajar di Sekolah dulu!
Saat Perpisahan - Cinta Monyet memang selalu macam tue
Aku mula berpisah dengan dia selepas aku ambil SPM. Akibat terkantoi pasal banyak sangat pasang cawangan. Disaat ini juga aku belajar tentang cinta sejati. pergh! ayat. he he. Cerita tentang perpisahan sikit sudah laa, ini antara cerita aku dengan bini aku je kan.

Cinta Kembali Bertaut
Aku mula kembali berhubungan dengan si dia, di akhir semester pelajaran aku. Itupun, setelah dia dapat no HP aku dari kawan dia. Bermula dari situ, cinta kami kembali bertaut. Setiap kali kalau aku balik Penang, confirm aku tak lepaskan peluang untuk berdating dengan dia. Lepas aku dah balik Penang, dia pula melanjutkan pelajaran ke HUKM. Mula kembali cinta jarak jauh. he he.

Saat Kearah Pra Perkahwinan (pertunangan)
Oleh kerana tak tahan akan dugaan banyak patient yang dirawat dihospital ingin menjadikannya menantu. Aku nekad menghantar pinangan pada Bulan 12 tahun 2007. Nekad untuk mengakhiri zaman bujang yang dikatakan seronok.

Aku Terima Nikahnya
Bertunang tak sampai setahun, akhirnya aku dengan rasminya telah menjadi Suami kepada si dia. Dengan status baru ini, tanggungjawabku semakin bertambah. Rupanya berkahwin lebih happening dari membujang.

Kalau dulu air tangan ibu paling sedap kita makan, sekarang dah ada 3 chef yang menjadi kegemaran ku. Mak aku, mak mertua aku dan bini ku yang tersayang.


Rezeki semakin bertambah
Bulan 11 ini adalah ulangtahun perkahwinan aku yang ke 4. Semoga perkahwinan aku diberkati dan diredhai  Allah hingga ke hujung nyawa. Telah dikurniakan 2 hero yang comel dan hensem macam abah dia. he he.

Hadiah anniversary yang paling diingati!
http://www.fazrol.com/2011/12/gambar-bercium-aku-tersebar-di-metro.html
http://www.fazrol.com/2011/12/seronoknya-bila-aku-masuk-paper.html


Sebenarnya pengorbanan seorang isteri kepada seorang suami tak ternilai banyaknya, So hargailah isteri  anda. Bagaimanapun, sebagai seorang anak, Syurga tetap diletak dibawah telapak kaki ibu.

Entri ini adalah sempena join kontest dari ulang tahun perkhawinan Kak Kujie yang ke 21(lama tue, semoga aku pun camtu). Semoga bahtera yang dilayari Kak Kujie dan suami berkekalan. InsyaALLAH.





28 comments :

  1. wawawa.... merenyamnya... kacau anak dara org time sekolah.

    alhamdulillah - dah tertulis itulah jodoh. Moga kekal bahagia dan dirahmati Allah sepanjang kehidupan berkeluarga di masa akan datang.

    ReplyDelete
  2. wahhh ...pandai nengayat budak sekolah yer...BTW...tahniah kerana dapat memperisterikan nya...moga bahagia hingga akhir hayat dan bersambung di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa sekolah je terer.. He he..

      Delete
  3. wahhhhh tak sangka la isteri dapat kejutan yang tak terfikir oleh sapa2 saja.(tengok video tu lepas komen yang pertama tadi)

    ReplyDelete
  4. Memang boleh buat novel ni bro... Video hang tu memang terbaiklh bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org buat meme laaa
      Kenapa kat blog bro, aku xleh komen...

      Delete
  5. suka tengok video tu.. romantik..

    ReplyDelete
  6. Oleh kerana tak tahan akan dugaan banyak patient yang dirawat dihospital ingin menjadikannya menantu. Aku nekad menghantar pinangan pada Bulan 12 tahun 2009. <-- hahahahahaha.tau pun ko takut.hehehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut ooo... Silap bro.. 2007 aku bertunang.. He e..

      Delete
  7. Hahaaa, abg Fazrol masa skolah memang terkenal dengan ayat power... :)

    Lawak lak baca, senyum simpul cheq teringat zaman kami Form1-3 dok asrama :)
    Tp itula kan cinta monyet ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kan Myra kan? he he...

      Delete
    2. Heheee, betul sesangat :)

      Lgpun Abg Fazrol memang terkenal dikalangan kami warga Aspuri :)

      Delete
  8. lama betul ni bro. sejak sekolah. haha. tahniah. semoga perkahwinan terus kekal dan diredhai sentiasa. ;D

    ReplyDelete
  9. wahhh hebat kisah cinta ini blh jadikan drama ni.. tahniah dan all the best utk contest ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jadi pelakonnya boleh? he he..

      Delete
  10. salam..

    wahhh..

    sangat best la kejutan dengan cadbory tu..

    tapi org umah mmg kuat kan.. tak nangis pun..!
    boleh tahan perasaan dia..memang nurse sungguh la...

    rasa mcm kalau para isteri lain dah nangis dah tu..

    abih mekap cair dah..

    sweet la cerita ini...

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab MC tue tegur awal sangat, kalau lambat sikit dah nangis dah tue... he he he..

      Delete
  11. Wah hebat.. Good Luck.. :)

    ReplyDelete
  12. waah.. menarik. sesi pagi dan sesi petang? maknanya bleh berkenan tu masa waktu balik la ka. masa sesi pagi balik sesi petang baru masuk

    ReplyDelete
  13. baru lepas tengok video.. tapi hana plak yang menangis. huhu romantiknya..

    adik kecik tu xmeragam plak.

    ReplyDelete
  14. va va va va!!!! tererrrr tu mengayat.. hehe

    ReplyDelete
  15. wahhh cinta monyet yang sangat hebat
    moga berjaya

    ReplyDelete
  16. bro.. ajar sikit ayat power.. hehe..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana meninggalkan komen.
Sekiranya ingin mengetahui email anda sudah dibalas boleh klik pada
Subscribe by email di bawah kotak komen ini.

Related Posts with Thumbnails