Iphone 5 di tayangkan 12 September!


Bila tengok Mashable.com dah dapat jemputan untuk event Apple pada 12 September ini, Tak sabar nak tengok apa inovasi terbaru dari Apple. Apa yang pasti, tentunya tentang Iphone 5. Dari gambar di sertakan boleh nampak apa yang akan didedahkan. Aku maybe tak akan berjaga malam untuk tengok pelancaran tersebut. Tengok keesokkan hari dengan info-info yang telah dipendekkan sudah laa. he he.

Apa yang pasti, semestinya ada ciri-ciri seperti skrin yang sudah dibesarkan. Untuk harga, confirm kalau sampai Malaysia jadi rm2+++. Kalau kena pada cirinya, maybe Iphone 5 jadi next target aku pula. Maklumlah, setelah terjebak pakai Iphone nie, memang aku puas hati. Apa yang kurang best dengan Iphone sekarang adalah bateri cepat sangat habis kalau kita online. Tak sempoi la camtu. Hopefully yang terbaru ini, mempunyai jangka hayat bateri yang panjang, baru sempoi. Boleh online sampai lebam.

Kepada fanboy Apple mesti tak sabar punya. Pastu, kalau kena dengan ciri yang diidamkan. Confirm beratur panjang bila sampai Malaysia. Yang tak sabar dan kaya terlebih akan sanggup beli di Lowyat, walaupun harga yang ditawarkan terlebih tinggi. Konon-kononnya nak jadi orang yang terawal guna. Dapat berlagak hanya untuk jangka masa yang pendek saja. he he. 

p/s - Aku hanya akan beli bila dapat free atau murah macam aku guna Iphone 4S sekarang. he he.

3 comments :

  1. Fuh...
    Kejap jer dah iphone5.
    Lepas ni tunggu iphone6 pula nampaknya. heh ;)

    ReplyDelete
  2. aku pulak tak sabar untuk dihadiahkan i phone 4s ko tu,hakhakhakhakhak

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana meninggalkan komen.
Sekiranya ingin mengetahui email anda sudah dibalas boleh klik pada
Subscribe by email di bawah kotak komen ini.

Related Posts with Thumbnails