
Lama tak buat review filem kat blog nie. Tapi kali nie, rasa macam teringin nak tulis tentang filem terbaru Afdlin Shauki nie. Filem Untuk Tiga Hari ini membuatkan aku rindu filem Afdlin Shauki yang sebelum ini iaitu Filem Buli.
Filem yang mengisahkan tentang sepasang pasangan kekasih yang terpaksa mengikut berkahwin mengikut jodoh pilihan keluarga masing-masing.
Filem berdasarkan novel dari novelis terkenal Ahadiat Akasha. tapi aku tak pernah baca novel ini pun. Aku memang enjoy tengok cerita ini. Dalam cinta cintun, still ada lawak yang terselit. Memang aku suka tengok filem Afdlin Shauki bila dia ada idea buat scene lawak yang macam tue. Hampeh tul.
Walaupun, cerita nampak simple, tapi banyak pengajaran yang aku belajar. Dan aku bertambah sayang isteri aku. Memang sesuai kalau nak tengok dengan isteri. Selalunya kita tidak menghargai apa yang ada didepan mata, tapi akan terasa kehilangan bila tiada. He he.
P/S - Tentang isu dialog Rashidi Ishak, biarlah ustaz yang layak saja memberi komen.
- aku lebih suka kalau scene kat club tukar ke tempat yang lebih sopan. Pendapat aku je...
Nak ajak asben tengok la citer ni...heheee ;)
ReplyDeleteTengok jangan tak tengok
Deleteada isu kan cerita ni? siapa suruh rashidi and vanida pergi pejabat agama..
ReplyDelete