Selamat menyambut Nuzul Al - Quran!

Aku masih lagi belajar Iqra. 

Bagi orang yang kerja di Selangor mesti seronok dapat cuti. Bagi yang kerja area KL, selamat bekerja. Hari ini, waktu balik maybe orang yang berkerja di area KL akan menempuh jam yang teruk. Sebab ramai orang yang dapat cuti Nuzul Al-Quran nak datang shopping kat Jalan TAR. he he.



Anyway sekadar perkongsian, tak guna juga kalau kita cuti tapi tak tahu apa yang dimaksudkan dengan Menyambut Nuzul Al-Quran. Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat Al-Quran yang pertama. 5 ayat yang pertama daripada surah Al-Alaq. Melalui Perantaraan Mailakat Jibril dengan Rasulullah. Surah ini, memang antara surah kegemaran untuk membuat kita belajar.

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Sumber - JAKIM.


Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran. Jangan lupa mari kita banyak-banyakkan baca Al-Quran Bulan Rahmat dah nak habis. InsyaALLAH.


3 comments :

  1. Selamat menyambut nuzul Al-Quran.. aku di KL koje.. wife je cuti sebab keje dekat selangor

    ReplyDelete
  2. salam nuzul quran.. aku koje kat selangor.. tapi aku kena kerja.. so, double pay lah. hehheee

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana meninggalkan komen.
Sekiranya ingin mengetahui email anda sudah dibalas boleh klik pada
Subscribe by email di bawah kotak komen ini.

Related Posts with Thumbnails