Kalau tidur hotel baik tak payah balik kampung!


Bila aku baca paper semalam, agak terkejut juga. Bila ada orang yg balik kampung tapi tidur kat hotel. Teringat pula aku kat iklan tak silap aku yang ada seorang pekerja yg dedikasi kononnya balik kampung tapi tidur kat hotel sebab nak siapkan kerja. Akhir sekali insaf bila ingat pengorbanan ayahnya dulu. Kalau tak silap aku lebih kurang macam tue laa sinopsis iklan tersebut.

Aku memang tak sokong bila balik kampung tapi tidur kat hotel. Kecuali kalau hotel itu, cuma jalan kaki ke rumah ibubapa sendiri. Mungkin rumah ibubapa tak sebesar mana kalau nak compare ngan rumah kita. Tapi lagi meriah bila kita jarang balik ke kampung, tapi dapat berbual dengan orang tua kita. Ingatlah, rumah tue laa temat kita membesar. Walau sebesar mana pun pangkat kita. Tanpa pengorbanan ibubapa, siapa laa kita.

Mungkin tiada reaksi dari ibubapa kita bila kita kata nak tidur kat hotel. Tapi dalam hati, siapa yang tahu. Jarang sekali balik, bila balik tidur kat hotel plak.
Cuba bayang bila korang di tempat ibubapa korang. Rindu pada anak-anak, tapi bila balik kampung tidak dapat perhatian dari anak-anak pula. Fikir-fikirkan, apa yang kita buat kat ibubapa kita nanti akan dapat balasan untuk diri kita sendiri pula.

Comments

  1. pelik says

    Yer lah klu ade ank2 dara da besar2 mesti la malu tido terkangkang @tergolek kt ruang tamu.zmn skg bukn leh caye atok ke pak sedare ke.aurat pon nk kne jaga.waktu pagi smpe ptg dtg le semula lepak kt umh kampung tu. Bole jgk eratkn silaturahim.nk jg silaturahim xsemestinye kne tido 1 umh.open minded le sket.

  2. says

    setahun sekali balik kampung pon nak tidur dekat hotel buat pe, biar lah setahun sekali rumah dekat kampung tu macam ikan sardin kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.