Kelebihan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia KDS1M
1. Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan.
2. Membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
3. Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (kds1m) juga akan diberi kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah.
INFO MAKLUMAT KAD DISKAUN 1MALAYSIA (KDS1M)
1. Bagi mendapatkan diskaun pembelian, pelajar hanya perlu menunjukkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bersama kad pengenalan sahaja.
2. KDS1M diberi secara percuma dan diskaun kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang
yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.
3. Kad diskaun ini akan diedarkan kepada pelajar pada September 2012.
PERMOHONAN & SYARAT KAD DISKAUN SISWA 1 MALAYSIA KDS1M
1. Tidak banyak syarat dan tidak perlu cara membuat permohonan kerana secara automatik maklumat pelajar disalurkan IPT kepada kementerian dan Bank Rakyat.
2. Kad diskaun siswa 1malaysia ini akan diedarkan melalui ipt masing-masing.
p/s - Tolong jangan sulah gunakan sudah la ye...

jom kita request jadi pelajar balik jom.hahaha
ReplyDeleteBest best..
ReplyDeleteTapi cheq cuma tinggal 1 tahun je sebagai student ni..
Haruslah menggunakan peluang yang ada ;D