Berita penuh;-
KUALA LUMPUR: Sempena Aidilfitri, 24 lebuh raya di seluruh negara bersetuju memberi diskaun dan rebat tol antara 10 hingga 37.5 peratus selama empat hari secara berperingkat mulai 15 hingga 23 Ogos.
Menteri Kerja Raja, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, di sini sebentar tadi berkata, diskaun dan rebat tol itu adalah kadar tertinggi yang pernah diberikan sebelum ini. Mengenai had laju, beliau berkata semua Jalan Persekutuan had laju diturunkan daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80 km/j mulai 12 hingga 26 Ogos.
Bagi melicinkan lalu lintas, semua kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan lebuh raya dihentikan sementara.
Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, dua lebuh raya menawarkan tol percuma dan 22 lagi memberi diskaun dan rebat antara 10 hingga 30 peratus.

p/s - Memandu dengan berhati-hati. Ingat orang tersayang!

wah bagus tul kerajaan skrg ni nak ambil hati rakyat ek..
ReplyDeleteLagi pun setiap kali raya dia ada buat camni...
Deletehahaha.. tu la ko. sapa suh balik awal?hahaha
ReplyDeleteLama tak balik bro..
DeleteAmik kepuasan sepenuhnya...
bagus juga nak jimatkan kos tol bila balik kampung, terutamanya yg duduk jauh2.
ReplyDeletebagus jugak diskaun nih.. ringankan beban..
ReplyDelete