2 Tips tidak terjebak dengan Jam dan Kesesakkan lalulintas!




Jam(jem) atau kesesakkan lalulintas! memang antara perkara paling aku tak suka bila drive kereta. Disebabkan Jam jugalah, aku malas nak bawa kereta bila waktu kerja di setengah kawasan KL. Sebab tue, kalau pergi mana-mana aku prefer naik motor cabuk aku lagi. he he. Minggu nie, Di KL, memang tak jam kalau nak banding dengan sebelum ini.  Maybe sebab ramai lagi yang bercuti raya.








Tapi, bila aku tengok di facebook ramai yang mengeluh disebabkan jam bila balik kampung atau balik kerumah sendiri. Untuk aku, ada cara tersendiri untuk tidak terjebak dengan jam atau kesesakkan lalu lintas ini. Yang menyebabkan hormon kesabaran aku boleh naik secara drastik. he he.





2 tips yang aku gunakan sepanjang hidup diperantauan bila balik kampung:-





1- Balik awal dari yang sepatutnya. Contoh untuk raya tahun ini, aku balik hari Selasa. Memang tak jam langsung. Dan sempat berpuasa dengan keluarga lagi. Kekurangan? kena ambil cuti awal.





2- Balik malam raya. Tips ini aku lakukan tahun lepas. Lagi feel balik raya. he he. Tapi pastikan betul-betul dah malam, bukan lepas balik kerja terus balik. 





2 tips untuk balik ke KL:-





1- Balik petang raya ke-2. Tips ini aku baru lakukan tahun ini.





2- Balik bila orang dah 2 atau 3 hari orang dah start kerja. Untuk lebih afdal, balik lepas seminggu orang balik ke KL. Tips ini aku lakukan tahun lepas, memang menjadi.







Kedua-dua tips ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri aku. Dan berdasarkan perjalanan aku balik ke arah utara. Maybe dia agak berlainan jika ke Pantai Timur atau ke arah Selatan. Salah silap harap dimaafkan.




4 comments :

  1. Cepatnya nak balik Raya ke 2, tak sanggup cheq ;)

    ReplyDelete
  2. aku pulak balik raya sebulan awal.. lepas tu bila nak balik kl balik, aku balik sebulan lambat. Jadi aku peruntukan cuti 3 bulan direct.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam hampeh lu punya tips.. wakakakakaa

      Delete
  3. tips ketiga: kawin dengan orang sekampung... kui kui kui

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana meninggalkan komen.
Sekiranya ingin mengetahui email anda sudah dibalas boleh klik pada
Subscribe by email di bawah kotak komen ini.

Related Posts with Thumbnails