Video - Customer Proton yang marah!

Tak habis lagi isu tentang tak puas hati dengan Proton Preve, kali ini tersebar di Youtube seorang pelanggan yang tidak puas hati marah di Pusat Jualan atau Servis Proton tak silap aku. Aku tak tahu apa yang sebenarnya yang terjadi. Tapi cara pelanggan itu marah memang agak kurang sopan. 

Mungkin terlampau marah sampai jadi macam itu. Aku sendiri pengguna Proton tapi so far, kereta aku tak ada buat problem yang aku sakit hati. Cuma masa awal pembelian hari tue, masa servis kali pertama. Mekanik kata aku punya enjin bocor. Kecewa juga! macam mana boleh lepaskan kereta yang ada problem. Apapun, nasib baik semua dah settle. 
Honda pun ada (gambar lama)
Sampai sekarang kereta itu masih berjasa dengan family aku. Biasa lah dalam setandang pisang bukan semuanya elok. Bukan Proton sahaja, pembuat kereta lain pun ada problem juga. Cuma aku harap proton tingkatkan lagi kualiti. Seperti awal-awal kemunculan Proton. Kalau bukan sebab cukai kereta import tinggi confirm kereta Proton takkan laku. Bukan senang nak mendapat kepercayaan orang balik.


9 comments :

  1. Replies
    1. sokong! tapi kena tingkatkan kualiti..

      Delete
  2. proton sumber kewangan negara..kihkihih

    ReplyDelete
  3. Hmmm marah betul yer customer tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada la something wrong tue..

      Delete
  4. masalahnya bila awal2 diiklankan yang proton preve tu terbaik, berkualiti, berbaloi dengan harganya, tu yang jadi macam ni tu.. bila orang dah yakin yang preve ni berkualiti tinggi, last2 tak seperti yang diharapkan, tu yang mengamuk tu.. entahlah.. bagi aku produk proton yang terbaik, still saga n iswara.. lepas daripada tu, ada je problem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul gak.. Sbb tue customer melenting kot..
      Bagi aku Wira paling terbaik... He he.. saga 1st pun..

      Delete
  5. semua kereta sama..mmg btul umpama pisang setandan,pasti ada sebiji dua yg rosak..nasib2..huhu

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana meninggalkan komen.
Sekiranya ingin mengetahui email anda sudah dibalas boleh klik pada
Subscribe by email di bawah kotak komen ini.

Related Posts with Thumbnails