
Sekarang hangat orang dok kata budak sekolah boleh bawa handphone ke sekolah mulai tahun depan. Setiap orang punya alasan atau pendapat sendiri. Aku pun ada pendapat aku sendiri. Berdasarkan pengalaman dan keadaan sekarang. Bagi aku ada pro dan kontra untuk isu ini.
Yang baiknya bagi aku-:
- Senang sekiranya berlaku kecemasan seperti di culik ketika hendak balik sekolah.
- Anak-anak senang dihubungi sekiranya ada kematian atau kemalangan.
- Boleh kesan sama ada anak ponteng sekolah atau tidak.
Tapi aku rasa banyak yang tak bagusnya:-
- Budak-budak sekolah boleh buang masa ketika cikgu tak ada dengan main game, bbm atau whatsapp.
- Akan berluasa video yg tak diingini akan berlaku. Dalam tak boleh bawa handphone pun, banyak video seks budak sekolah ada. Ini kan pula dah boleh bawa handphone.
- Boleh ke budak sekolah memberi sepenuh perhatian dalam kelas? dalam 40 orang, rasanya hanya 2 orang boleh bagi komitmen yg tinggi. Itupun jika ada motivasi diri yg tinggi.
- Senang untuk buli membuli. Bayangkan kalau yg nakal skit menganggu yang nerd. Dengan merakam benda yang memalukan untuk dijadikan ugutan. Takut tekanan perasaan yang dihadapi akan menjadi perkara tak diingini.
Mungkin kita berada di zaman lain persekolahan. Tapi ini tidak bermakna budak sekarang lebih baik perangai dari kita dulu. Dulu pun, junior ikut cara senior. Malah ada yang lebih dahsyat dari senior bila junior itu dah jadi senior.
Kesimpulannya, budak sekolah boleh bawa handphone ke sekolah. Tapi dengan syarat, hanya handphone biasa saja. Macam handphone Nokia 3310 dulu. Hanya boleh sms dan call sahaja. Boleh ke macam tue? Handphone macam tue pun dah tak ada.
siswazah yg belajar di uni pun susah nak fokus kat dlm kelas (aku ler tu!)
ReplyDeleteinikan pula budak2 sekolah skrg? haizzzzz
betul dan setuju dengan pendapat bro.. sikit hari boleh bawak tablet ke sekolah pulok.. hohoho
ReplyDelete