5/01/2012

Gaji Minimum Sektor Swasta dah naik! Horeyy....


Tadi kalau tak silap aku, PM kesayangan rakyat Malaysia ada mengumumkan gaji minimum bagi sektor swasta adalah rm900 bagi kawasan Semenanjung Malaysia. Tahniah diucapkan, kepada PM yang telah menetapkan gaji mimimum bagi sektor swasta ini. Bagi aku golongan pekerja swasta tentu akan rasa sedikit gembira bila diumumkan begitu. Para majikan pula, mula pening kepala macammana untuk naikkan gaji para pekerja.
 
Para majikan mempunyai masa lebih kurang 12 bulan untuk melaksana gaji minima ini. Tapi janganlah bila gaji dah naik, tahap produktiviti masih ditakuk lama. Kita kena naikkan kualiti kerja kita. Gaji dah naik, cara kerja pun kenalah naik juga. Baru fair and square. Majikan pun tak terasa sangat dengan gaji yang telah dinaikkan. he he.

Tapi kenapa gaji minima sektor swasta bagi sarawak, sabah dan labuan kurang rm100 dari kawasan semenanjung. Dari segi perbelanjaan aku rasa still sama. Kalau hendak bezakan, nampaknya kawasan semenanjung pun. Majikan kena asingkan antara kawasan yang inflasi tinggi berbanding dengan kawasan inflasi rendah. Apapun, rm900 hanya gaji minimum, so kepada pekerja swasta, korang wajib susun perbelanjaan dengan berkhemat. Jangan terlampau boros, mentang-mentang gaji dah naik. he he.

p/s - Menyimpan untuk masa akan datang.
      - Kalau berminat untuk gandakan wang dalam KWSP, boleh la roger aku. he he. (promote bisnes)