Nuffnang – Trip to Genting Awana Kijal Day 1

Senyuman membuat aku hilang penat drive dari KL. he he.

1st time dapat percutian yang di taja semuanya. Memang best sangat-sangat. Terima kasih diucapkan kepada Nuffnang dan Genting kerana membawa kami merasa hotel 5 bintang milik Genting ini. Kalau tidak jangan harap la dapat merasa. he he. Percutian ini bermula 20/4 – 22/4. So kami dapat merasa penginapan 3hari 2malam di Genting Awana Kijal. 


Blogger yang happy dapat percutian free. he he he.

Disini bermulalah perjalanan kami untuk hari yang pertama. 

Bukti tol untuk claim nanti. he he.

Pada mulanya aku set untuk konvoi bersama Redmummy dan Madammodoq, sebab 2 orang blogger ini yang aku tahu pergi trip ini. Contact hanya melalui Twitter. Senang je kan. he he. Tapi atas alasan menyiapkan bala tentera, kami terpaksa mulakan perjalanan dengan  masa yang sendiri. So tak dapat untuk berkonvoi dari awal. Untuk yang bujang memang kesemuanya naik bas. Cuma seorang je blogger yang berkeluarga mengikuti rombongan bas iaitu Merryn Tan. Bukan berlagak tak mahu naik bas, cuma ada anak kecil ini, memang nanti takut banyak nak kena berhenti. he he.

Barang atas meja!

Tapi aku dapat juga berkonvoi dengan Madammodoq sebab terjumpa di hentian Temerloh tak silap aku. Singgah solat jamak sat. Bila roger Redmummy, dia dah sampai Cherating. Memang pecut gila reddaddy bawa kereta. he he. Kami sampai di Awana Kijal lebih kurang pukul 4, sampai sama dengan rombongan bas. Lewat sejam dari jadual yang di berikan. Sampai saja kami diberikan kunci bilik oleh staf nuffnang yang kacak, Shah. he he.

Adam nak mandi kolam!

Oleh kerana kepenatan, semua berehat di bilik masing-masing. Tapi oleh kerana hero aku dah nampak kolam renang, dia dah start ajak aku turun. Anak punya pasal, layan je la. Bagi dia main sampai puas, bila lagi dia boleh try. he he. 

Puas dapat main air.

Pada waktu malam kami gunakan kupon yang disediakan untuk makan malam di Restoran Kampong Meraga Beris. Memang sedap makan malam kat situ. Restoran di Awana Kijal juga. Pada blogger yang berfamily, kebanyakkan tak join untuk tengok fireflies. So  kami melantak sampai betul-betul kenyang. he he. Blogger yang single je join tengok kelip – kelip. 

Sedap tue!

Adam dah ada Geng! – Danish

Bila join trip macam ini, dah tambah kawan blogger aku, kali ini bertambah lagi Blogger yang pernah aku jumpa. he he. Antara blogger yang join trip ini ialah

Yang pergi dengan keluarga :-

1 – Redmummy (konfirm korang kenal sapa dia)

2 – Madammodoq (Blogger dangdut yang popular)

3 – Mommynadia (Blogger yang aku 1st time jumpa dan kenal)

4 – Merryn Tan (Blogger family yang ikut trip dengan naik bas)

(kesimpulannya, akulah sorang-sorangnya papa blogger yang join trip ini)

Blogger yang pergi seorang diri :-

1 – Uzair (adik kepada mohdzaid, mmg banyak event nuffnang aku jumpa dia)

2 – DD (Baru bertegur sapa kali ini, 1st time aku pernah jumpa masa Workshop BB Playbook)

3 – Nisakay (Pengacara video bagi blog Amanz)

4 – Ciklilyputih (Terpaksa tinggalkan mr Big nya, sebab tue dia naik bas. he he)

5 – Rabiatul (baru 1st time aku jumpa)

6 – Anis – GKSB (Seorang gadis yang loghat utara tetap ada.. I LIKE)

Abang Adam! kita ada mana nie?

Sampai tertidur!

penatnyerr

gaya model

waktu solat bagi kawasan sekitar!

pantai skodeng!

pakej kelip-kelip!

Kuppon baik punya!

map kawasan Awana Kijal!

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing