2/22/2012

Justin Bieber nyanyi lagu Birthday untuk Nuffnang!


Rupa-rupanya dah nak masuk 5 tahun Nuffnang menjadi komuniti untuk blogger. Cepat betul masa berlalu. Aku dari mula berblog hingga sekarang masih kekal bersama Nuffnang. Tapi income tak banyak macam blogger lain. Maklum lah, Nuffnang tak sayang kat aku. he he he. Jangan marah, aku gurau ja.
Apapun, aku nak ucapkan tahniah sebab Nuffnang dah semakin berkembang. Blogger semakin banyak yang bernaung di bawah payung Nuffnang ini. he he. Semoga kekal sukses. Jangan lupa untuk blogger picisan macam blog ini. he he.

Sementara untuk parti birthday yang akan diadakan ini. Aku sekadar ingin bagi cadangan kepada Nuffnang :-
1- Blogger yang hadir dapat hadiah yang menarik dari Nuffnang. he he. Nuffnang punya birthday, tapi blogger yang dapat hadiah. he he.
2- Nuffies dan blogger yang popular buat persembahan.
3- Kejutan dengan kehadiran artis jemputan.

Apapun, aku rasa sambutan birthday Nuffnang kali ini, confirm meriah dengan tema biru. Pergh. kalau aku dapat jemputan, memang sukar untuk ditolak. Event Nuffnang selalunya best. he he.

Ini hadiah aku untuk Nuffnang, nyanyian khas dari Justin Bieber untuk birthday Nuffnang.