Sambutan Tahun Baru Terhebat!


kredit picture yanayassin

Pergh! sambutan tahun baru yang paling sempoi. Semoga ramai orang sampai sini berbanding dengan konsert sambutan tahun baru. Memang respek habih laa, sesiapa yang anjurkan majlis macam nie. Siapa kata dalam islam kita tak boleh buat camni?


Review Papa I love You!


Baru nie aku ada menang untuk menonton Pra tonton filem terbaru Metrowealth iaitu Papa I Love You. Peluang camni takkan ku lepas begitu saja. Walau tak pernah sampai ke Subang Parade pun, aku hentam saja. Nasib baik sampai gak, tanpa sesat(dengan bantuan Ipad). Niat utama nak berdating dengan Lisa Surihani, Tapi bila Abang Ngah Yusri ada, segan terus aku. Anyway dapat gambar Lisa Surihani sorang pun dah buat aku boleh tidur malam. he he. Apapun, malam tue memang best sebab aku 1st time dapat berjumpa dengan blogger yang pertama sekali aku follow penulisan dia. he he.

DiGi iPhone 4SURE I DO 1ST


Apa benda yang aku nak buat kalau dapat Iphone 4S dari Digi dan Nuffnang nie? Kalau betul rezeki aku, 1st sekali aku akan main-main dengan Siri dulu. Untuk mengenal hati budi masing-masing(macam mengorat plak). Kemudian aku godek Iphone 4S nie. Ye laa, antara gadget idaman aku nie. Confirm tidur malam dengan Siri saja lepas nie. he he.

Bila dah ada Iphone 4S nie, benda utama mestilah download application yang best-best di App Store. So antara benda yang wajib aku install kat iphone 4S ini ialah:-

DiGi iPhone 4SURE SIRI ANSWERS


Best ke Iphone 4S nie? Kenapa best sangat Iphone 4S nie? Untuk pengetahuan lagi lanjut, aku try pinjam kawan aku punya Iphone 4S. Memang kawan yang baik hati betul. Tapi yang best dia punya Iphone 4S nie dah Jailbreak. So untuk SIRI, boleh la aku cakap bahasa melayu. Memang terbaik laa, jawapan yang di berikan pun amat memuaskan hati aku.

DiGi iPhone 4SURE 4 ME!



Digi Iphone 4S semestinya kena jadi milik aku! Setelah lama aku idamkan, aku harapkan Digi akan hantar Iphone 4S kat depan pintu rumah aku. Tapi biarlah bersama pakej IDigi, Sebab pakej IDigi adalah terbaik untuk aku. Bayaran bulanan yang tidak mebebankan diri aku ini. 

Kenapa aku memerlukan sangat Iphone 4S ini?

Wordless Wednesday # - Hadiah buat Isteri

Published with Blogger-droid v1.7.4

Enjin Proton Ezora Bold!

Adakah ini enjin terbaru untuk model Proton Ezora Bold dan Prime. Bagi aku dari segi bentuk Ezora baru agak menarik. Yang best tentang enjin nie. Aku baca, 1.6.. tetapi kebolehan macam 2.0.. So Proton Ezora kali nie lebih pick up berbanding yang edisi pertama dulu la.

Semoga enjin baru Proton membawa satu kebanggaan buat anak Malaysia. Terbaik! sekarang dah boleh tengok di showroom Proton berdekatan rumah anda. kot2 berminat. Aku maybe tunggu yang hybrid punya. Sebab nak jimat minyak. he he.
Published with Blogger-droid v1.7.4

DiGi iPhone 4SURE MOST AFFORDABLE!


Iphone 4S menjadi kegilaan ramai kali ini, termasuklah diri aku ini. Iphone 4S nie salah satu gadget impian aku. Tapi bukan aku saja, aku rasa ramai lagi yang masukkan Iphone 4S nie sebagai salah satu list gadget impian. Dari pemerhatian aku, Digi merupakan salah satu syarikat telco yang menawarkan pakej untuk Iphone 4S. Bagi aku pakej yang ditawarkan Digi adalah antara yang terbaik. Ini adalah pendapat aku. Tak semestinya sama dengan pendapat orang lain. Lagipun, sepanjang aku bersama Digi, still tak ada banyak problem. Dari segi pembayaran bil hinggalah kepada kawasan liputan.

Kenapa Pakej Digi terbaik dan berpatutan bagi aku:-

Jangan Merokok! Ingat Keluarga tersayang anda!

Kasar atau tidak kita try dulu. Just try my luck dengan cuba masuk photo contest Nuffnang dan Kementerian Kesihatan, kot-kot dapat duit free atau bonus. he he.

Aktiviti bila cuti hari minggu - Kompleks Renang Kuala Lumpur!

Harga dan Waktu beroperasi
Minggu nie cuti hari minggu tiga hari. Termasuk cuti ganti bagi perayaan Hari Natal. Aku sememangnya cuti, Tapi bini aku yang cuti tak sama macam orang lain. Hari minggu orang cuti, dia berkerja plak. Tapi nak buat macam mana, Itulah tugas sebagai seorang nurse di hospital. Kerja ikut syif. 

Katakan TAKNAK!


Dulu aku pernah merokok! tapi sekarang sudah berhenti.. Alasan yang selalu orang kata bila merokok:-

1- Bagi hilang stres - Jawapan aku sekarang, Nak bagi hilang stres banyak baca Al-Quran.
2- Nampak Cool - Tak hisap lagi nampak cool, awek pun ramai suka pakwe yg tak merokok, kecuali awek tue merokok.

Jom layan radio online bapakku.fm!



Semakin hari, semakin banyak radio online mula bersiaran dicorong-corong komputer yang mempunyai line internet. Tak ketinggalan juga untuk aku layan sambil membuat kerja. Takkan asyik nak main playlist mp3 yang kadang2 membuatkan kita bosan. So aku cadangkan satu radio online yang akan membuatkan korang susah nak tidur malam bila dengar DJ ini berceloteh.

Apa perasaan aku lepas tengok MI 4 - Ghost Protocol



Aku baru sempat layan cerita aksi nie. Memang best bagi pandangan aku. Tapi biasa laa, cerita orang putih kadang over sangat aksi dia. Aku rasa macam ada gak yang tak mampu buat oleh orang biasa. Tapi nak buat macam - mana untuk kepuasan penonton gak. he he.

Aku kecewa dengan Nuffnang!

Aku yang kecewa!
Setelah beberapa tahun bersama Nuffnang, Ini merupakan kali pertama aku cash out duit hasil blog aku yang tidak seberapa ini. Dah berapa tahun aku kumpul, tapi baru buat pengeluaran sekarang. Nak buat macam mana dah sikit saja yang aku dapat. He he he. So dengan pengeluaran ini, aku nak try lah company lain. Kot - kot tidak pilih kasih lagi. Aku dah rasa macam terpinggir dari Nuffnang sebab dah ramai blogger yang register dengan Nuffnang sekarang. Semakin banyak persaingan, jadi aku nak try lain plak laa.

Oley vs Sembang Rakyat!

 VS


Maaf ini bukan blog politik. Tapi aku just kongsikan apa yang seronok bila aku lihat statistik yang macam ini. At least pada pendapat aku. Ramai orang yang memahami tentang hukum hudud ini. Kadang kita ini hanya dengar cerita hanya satu pihak saja. Untuk menjadi demokrasi kita kena tengok dan dengar 2-2 pihak. Bukan hanya melolong je tiru orang. Kepada kaum melayu khasnya. 

Terkenang masa aku belajar dulu!





Update dari tempat kejadian. Bila hantar adik ipar aku ke Politeknik Merlimau Melaka. Membuatkan aku rindu pada zaman aku belajar dulu. he he.

Pada waktu camni memang makin bertambah kawan-kawan. Yang best kawan dah mula berada di seluruh negeri. Itu yang best. At least bila pergi mana-mana boleh roger kawan2 yang ada kat situ.

Berkawan biar berjuta, berkhawin biar empat (untuk lelaki saja). he he he...

Posted via Blogaway

Best sangat ke Iphone 4S nie?


Memang dahsyat betul laa penangan Iphone 4S nie. Sanggup orang beratur panjang semata-mata untuk jadi orang pertama yang miliki Iphone 4S. Walaupun esok kerja pun, orang tue sanggup berpusu-pusu untuk jadi orang pertama beli Iphone 4S. Memang terbaik laa. Apapun perasan kepuasan memiliki Iphone 4S hanya orang yang dapat malam tadi dapat simpulkan. Aku tak suka beratur panjang-panjang. Kalau aku nak beli, maybe bila orang dah kurang beratur tak pun, buat macam aku beli ipad 2 online saja. Boleh engraving sekali. he he.

Beli Iphone 4s Melalui Digi!


Pergh! mesti ramai peminat Iphone Malaysia yang akan tunggu queue untuk membeli Iphone 4s yang dijangkakan akan launch 16 disember nie. Tapi dengan Digi, korang tak payah bersusah payah beratur panjang. Buat preorder kat SINI. Senang saja kan? Online saja. Tak penat kena beratur dan nak kena berjalan jauh untuk membeli Iphone 4S. Cuma maybe kurang dari segi kepuasan dapat pegang Iphone 4S awal kot. 

Denaihati Aku nak kamera Canon eos 550D!

contest gadget impian 300x250 Banner

Sememangnya aku terlambat untuk buat entry ini. Dan secara automatiknya aku memang tak sempat laa untuk susun strategi bagi dapat 10 top blogger yang akan dipilih nanti. Apapun, aku tetap sokong contest anjuran Denaihati ini. Nasib baik due date untuk contest ini telah postpone. So sempat la aku join walaupun hanya sekejap saja. Nak memang tue, memang memang harapan tipis laa. 

Gambar bercium aku tersebar di Metro!


Pagi nie, aku dah macam orang yang kena gosip hangat! he he.. Perasan je lebih.. Tiba-tiba member aku telefon, bro hang masuk paper la. satu page plak tue. Apa lagi, terkejut aku. Dah macam artis plak. Ramai plak orang tengok kat FB. Memang jadi lelaki romantik terhangat di pasaran la aku. he he. Untung tak bini aku dapat aku? Apapun, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kat Cadbury Malaysia. Sebab bagi can untuk aku luahkan kasih sayang aku kat bini aku.

Jom daftar undi!



Aku tau ramai antara kita yang cukup umur, tapi malas nak daftar mengundi. Salah satu faktornya, tak berminat dengan politik. So disini, aku just ingatkan kepada semua, termasuk diri aku sendiri. Kalau dah cukup umur tue, eloklah daftar mengundi. Walaupun kita benci dengan politik ini. Mengundi adalah tanggungjawap kita. Kita yang tentukan masa depan negara kita. Walaupun, orang politik banyak pusing-pusing. Tapi kita mesti buat pilihan yang bijak.

Kreatifnya orang di China!

Gambar dan Berita dari KOSMO

Dengan barang terbuang, Huang Lianfei seorang pekerja bengkel pertukangan logam berjaya mencipta satu model robot alo Transformer. Hanya berbekalkan komponen kenderaan terbuang. Bila dah siap nie, kalau sesiapa nak beli confirm boleh jual mahal nie. 

Seronoknya bila aku masuk paper! Thanks Cadbury Malaysia


Pergh! macam tak percaya. Bila aku masuk paper Star hari ini. he he. Ini kali pertama muka aku masuk paper. ini semua gara-gara menang grand prize peraduan Share the happiness dedications oleh cadbury Malaysia. Aku merupakan salah satu dari tiga orang pemenang  yang dipilih cadbury. Untuk pemenang yang ketiga maybe akan berlangsung pada 17 December nie. So jom pakat- pakat like pages Cadbury Malaysia. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Naik Bot Di The Mines!


Ini merupakan kali ke-2 aku naik bot di The Mines, Seri Kembangan. Kalau tak silap aku la. Tapi ini merupakan kali pertama aku dapat pergi ke Tasik Utara. Sebelum nie, kalau nak naik bot tue. Mesti Bahagian Tasik Utara ditutup. Hampeh tul, nasib baik hari tue aku berkesempatan, maybe sebab aku pergi waktu orang bekerja kot! hari Isnin. So tak laa, sesak sangat. he he.

Cadburry

Salam semua.. Aku sedikit bz skrg utk update blog ini. Di sini aku nak jemput kawan2 semua pergi ke event Cadburry hari nie. Kat Times Square.. Boleh la rasa coklat Cadburry.. Sedap..

Lagipun aku yg menang grand prize baru nie.. Dapat laa.. Aku dinner sponsor sebab anniversary aku.. Hopefully.. Paling tak dilupakan oleh bini aku..

Related Posts with Thumbnails