Wordless Wednesday #5 - Antara Manusia Paling Tinggi

Published with Blogger-droid v1.7.4

Penuhi jemputan opis terbuka!

Memenuhi jemputan terakhir di Bulan Syawal. Untuk bulan nie, dapat la makan sate dengan kerap. Seronok betul bila dapat makan free nie.

Waktu ini laa, kita makin kenal dengan orang lain. Bagusnya bulan Syawal. Terbaik. Awek pun nampak comel2 berbaju kurung. He he he. Maksiat mata betul laa..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Download Siti Nurhaliza - Falling In Love mp3


Tidak ku sangka Siti Nurhaliza penyanyi no 1 Malaysia (dulu la, sekarang tak tau laa). Telah mengeluarkan album English (Abg Ben dan Jejai Blogger yg buat liputan,he he). Maybe untuk pasaran antarabangsa kot. Ingat plak aku, masa interview Siti masa AIM dulu ( boleh tgk dalam youtube). Tapi itu benda dah lama, at least dia mencuba.  Apapun, aku baru dengar sahaja lagu nie di radio. Maklumlah, bukan selalu pun layan radio. Masa drive je aku akan dengar radio dengan layan sekali. he he. So bila dah balik rumah, apa lagi.. Roger je la sahabat baik aku, GOOGLE. he he.. Inilah hasilnya.

Positif dalam Negatif - #email!




Sesalunya dalam keadaan kita selalu berfikiran negatif. So kali ini, aku just kongsikan email yang aku dapat. Selalunya begini la harus kita fikirkan. Kalau nak tambah sendiri punboleh berdasarkan hidup seharian kita. Anyway! Enjoy to reading it... Forwardlah kepada yang sudi.

1. untuk suami/isteri yang tidur berdengkur diwaktu malam, BERSYUKUR kerana beliau tidur disisi kita, bukan dengan orang lain.

2. untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, BERSYUKUR kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

Review Bini - Biniku Gangster!


Tiket keramat


Aku dah kata dah, aku nak tengok cerita nie. So apalagi, seawal pukul 12. Aku dah beli tiket untuk tengok cerita nie. Maklumlah, tak dapat tiket free untuk pratonton cerita nie cam filem Sekali Lagi. Apapun, memang berbaloi gak bayar duit tiket untuk cerita nie. Dari awal sampai last ada saja gelak tawa dari penonton. Best jugak cerita dia. Lagipun dengan lakonan hebat dari Shaheizy Sam. Pergh! mmg macam2 watak dia boleh bawa. Tapi standard cerita melayu, kita tak boleh harapkan perfect. Tapi, not bad untuk mengisi masa terluang tengok cerita nie. He he.

Bini - bini ku Gangster vs My Wife is Gangster!

 

Fuyoo.. Salah satu cerita yang aku tunggu.Maybe Shaheizy Sam berlakon kot. Sejak dapat tangkap gambar bersama Shaheizy Sam, Terus aku minat ngan lakonan dia. Memang macam2 watak yang dia dah buat. Paling aku suka masa dia berlakon Sekali Lagi. he he. 22/9/2011 nie keluar filem terbaru Shaheizy Sam. Bini-biniku Gangster. dari review yang aku tengok nampak macam best.  Hopefully lepas tengok kat wayang pun best.

Pesta dadah! rosak anak bangsa aku sekarang...



Tengok paper hari nie, rasa panas je hati aku. Makin menjadi-jadi plak kat Malaysia. Untuk sambut kemerdekaan dengan cara yang langsung tak bermoral. Tambah maksiat lagi. Memang teruk betul laa. Budak-budak sekarang memang tak reti menghargai apa yang ada sekarang. Kalau camni, keadaannya, akan datang confirm Malaysia boleh rosak. Risau plak bagi aku yang dah ada anak yang masih kecil nanti. Kalau besar nanti camna la plak. Ya Allah tolong hindari keluarga aku dari jadi begini.

Kenapa orang tunggu sangat dengan Iphone 5?


Memang dahsyat penangan Apple nie. Sekarang ramai orang yang dah mula keluaran terbaru produk Apple nie. Apa lagi kalau bukan Iphone 5. Dari Iphone hingga ke Iphone 4. Aku tak pernah langsung pakai, tapi aku teringin juga. Tapi memandangkan budget kekurangan, dan keperluan aku tidak sangat mahukan Iphone. So, aku hanya layak pakai smartphone lain yang murah2. 

wordless wednesday #3 - generasi penyokong harimau malaya!

Published with Blogger-droid v1.7.4

Harga Myvi 1.5 Special Edition & Extreme - Lagi Power Lagi Best!



Tue dia! kereta idaman Malaya. Kereta kebanggaan Perodua. Dapatkah Myvi 1.5 SE ini meneruskan legasi Myvi yang lama. Menjadi kereta paling banyak atas jalan raya di Malaysia. Apalagi jom ushar brochure Myvi 1.5 SE. Kalu berkenan. Apa lagi kasi order la kawan. Untuk tumbesaran gambar sila klik gambar tersebut.



Kali pertama Adam ditahan wad.

Ini merupakan pertama kali bagi diri Adam. Dan juga untuk aku. Memang merupakan dugaan bagi aku dan isteri.

Semoga anakku cepat sembuh. Untuk pengajaran kali ini. Kalau anak demam, bagi mandi juga. Biar sejuk badan tue. Untuk kurangkan kepanasan dalam badan.

Bila korang dah jadi ibu & ayah nanti tau la camna. Baru kita tahu camna ayah mak kita membesarkan kita dulu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

tilt-shift dari android apps

Tue dia... Handphone tak power tapi applications yg membuatkan handphone itu sempoi. Amacam? boleh tergugat dengar applications camni.

-Apps camera 360.
-Samsung Galaxy Ace.
-Sunway Carnival.

Published with Blogger-droid v1.7.4

Mood Selamat Hari Raya!

Salam Aidilfitri! Di kesempatan ini. Aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidilfitri bagi yang beragama Islam. Semoga apa kebaikkan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan dapat diteruskan walaupun telah berakhir bulan Ramadhan.

Disini aku mengambil kesempatan memohon maaf seandainya ada salah silap yang aku lakukkan sama ada secara sengaja atau tidak. Kalau ada yang terasa hati aku memohon ampun. Semoga kita semua dapat bergembira menyambut Syawal..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Related Posts with Thumbnails