1/27/2011

Kesannya Kenaikan Tax dan harga barang?

Maaf ini bukan entry politik, tapi just luahan perasaan. Dulu, aku tak tahu sangat tentang benda nie semua. Sebab duit aku minta dari mak ngan ayah aku saja. Sekarang bila dah ada gaji sendiri, dan berkeluarga baru aku tau kesannya kenaikkan harga barang.

Apabila harga minyak naik, banyak orang yang bising. termasuk diri aku. Apa plak tidak! bila minyak naik semua harga barang naik. Tapi kalau harga minyak turun, tak ada plak harga barang turun. Dulu, makan roti telur rm1.20, sekarang dah ada sampai rm1.80. Dekat rm0.60 kat situ. Kalau dalam 20 hari makan macam tue, mau lari budget rm12. Rm 12 dulu boleh buat makan roti telur 10 hari tue.

1/10/2011

Cuti-cuti - Taman Desa Water Park

Entry 1st buat tahun 2011! dah lama aku tak tulis kat blog nie. Busy handle amanah yang diberikan oleh orang kepada aku. So tak sempat nak update blog ini, walaupun idea datang mencurah-curah. ha ha ha. 


Ok kali ini, aku nak cite sikit tentang tempat aku pergi mandi manda bawa anak baru-baru nie. Tempat yang aku maksudkan dah tertera kat tajuk tue. mana nak tau! kot2 korang google jumpa blog nie kan. Sememangnya ada website tentang Desa Water Park nie. Tapi kalau dalam website nie, selalunya indah khabar dari rupa.


That's why kadang-kadang aku pun search juga sebelum aku pergi jalan kat mana-mana. dapat info lebih sikit.