Review Papa I love You!


Baru nie aku ada menang untuk menonton Pra tonton filem terbaru Metrowealth iaitu Papa I Love You. Peluang camni takkan ku lepas begitu saja. Walau tak pernah sampai ke Subang Parade pun, aku hentam saja. Nasib baik sampai gak, tanpa sesat(dengan bantuan Ipad). Niat utama nak berdating dengan Lisa Surihani, Tapi bila Abang Ngah Yusri ada, segan terus aku. Anyway dapat gambar Lisa Surihani sorang pun dah buat aku boleh tidur malam. he he. Apapun, malam tue memang best sebab aku 1st time dapat berjumpa dengan blogger yang pertama sekali aku follow penulisan dia. he he.

Ok laa, tak yah cerita panjang-panjang tentang majlis tue, yang penting makan sedap dan sempoi. So direct kepada pandangan aku tentang filem Papa I Love You nie. Ini adalah pendapat peribadi, tiada kaitan yang hidup ataupun mati. Filem nie best tapi ada juga scene yang tak berapa nak layan sangat bagi aku. Pemilihan pelakon memang best, Lakonan adik Mia sara dan Lisa Surihani memang bertambah baik. Hero utama filem ini pun tak mengecewakan. Cuma pada pendapat aku, Mat Saja @ Zalif Sidek nie, kurang menjadi nak lakonkan part serius atau sedih. Tapi kalau part yang over atau lawak memang akan membuatkan korang tak kering gusi. Macam lakonan dia dalam bini-biniku gangster.


Jalan cerita simple, tapi macam ada kekurangan dari segi logik. Tapi dah nama pun berlakon, memang semuanya jadi camtu. Cerita ini memang bermain perasaan dengan ada scene sedih dan lawak. Ada juga scene yang membuatkan satu panggung gelak. Maknanya memang enjoy laa tengok cerita nie. Tapi scene cinta mula berputik antara Mat Saja dengan Lisa Surihani memang cute sangat(dapat sorakan satu panggung). he he. Tak tau plak kalau Yusri jeles. Tapi diorangkan profesional, apa kisah. betul tak?

Bab ending aku tak berapa berkenan sangat, sama pendapat aku dengan kawan aku malam tue. Setiap kali orang insaf kena pakai kopiah ke?kemudian dari keluar nak pergi sekolah, terus jemput masuk makan dalam rumah. Scene nie, Mat Saja dah buat macam rumah sendiri, "jemput masuk datuk". Hampeh tul. Ha ha ha. Apapun, nasihat aku, jangan tengok filem ini dengan serius, tapi biar santai. Memang korang akan rasa  enjoy. Lagipun, ada pengajaran juga. 

ps - :Syurga tetap dibawah telapak kaki IBU!

1 comments:

  1. hahahaaa.. aku tak sempat tengok lagi.. i lap u lah papa!!

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana meninggalkan komen.
Sekiranya ingin mengetahui email anda sudah dibalas boleh klik pada
Subscribe by email di bawah kotak komen ini.

Related Posts with Thumbnails
DreamHost promo code