Jom daftar undi!

Aku tau ramai antara kita yang cukup umur, tapi malas nak daftar mengundi. Salah satu faktornya, tak berminat dengan politik. So disini, aku just ingatkan kepada semua, termasuk diri aku sendiri. Kalau dah cukup umur tue, eloklah daftar mengundi. Walaupun kita benci dengan politik ini. Mengundi adalah tanggungjawap kita. Kita yang tentukan masa depan negara kita. Walaupun, orang politik banyak pusing-pusing. Tapi kita mesti buat pilihan yang bijak.

Aku sendiri pun kadang benci dengan politik nie. Macam-macam ada yang tak kena. Tapi yang jadi mangsa rakyat jelata. At least dengan daftar mengundi baru kita ada kuasa memilih siapa yang layak menguruskan negara kita. Tolong jangan simpan dalam hati, kalau setakat aku sorang yang tak mengundi, tak luak pun. Bayangkan kalau semua orang berfikiran yang sama. Maka terima laa nasib yang kita tentukan sendiri. 
Undi adalah rahsia, bijak memilih untuk masa depan anak bini kita bersama. Adios! Pesanan Khidmat Masyarakat… jom kita daftar sekarang… PRU13 nak dekat dah nie… he he… 
Lazada Malaysia

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge