Apa perasaan aku lepas tengok MI 4 – Ghost Protocol

Aku baru sempat layan cerita aksi nie. Memang best bagi pandangan aku. Tapi biasa laa, cerita orang putih kadang over sangat aksi dia. Aku rasa macam ada gak yang tak mampu buat oleh orang biasa. Tapi nak buat macam – mana untuk kepuasan penonton gak. he he.

Jalan cerita bagi aku memang best. Misi hanya dapat bila di tengah-tengah cerita. Dari awal penuh dengan aksi. Tapi macam biasa, Ethan Hunt yang bajet hensem. Semua boleh buat dengan selamba, tanpa rasa takut. Tapi apa yang aku tengok, kebanyakkan gadget yang digunakan adalah dari Apple, memang promote Apple la diorang nie. Memang sempoi habis.
Dari iphone, ipad dan Mac. Memang teknologi yang melampau. Cuma kali ini, tak ada penyamaran yang serupa muka orang oleh Agent IMF. Cuma geng jahat je ada. Yang IMF punya dah rosak. So tawakal saja la diorang. Sebab bajet kena cut. he he. Kepada sesiapa yang belum layan lagi, boleh la layan kat wayang lagi sekarang. Lagipun, Malaysia adalah negara yang terawal tayang filem nie.
p/s – aku dah terpengaruh nak pakai iphone jugak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing