Teruknya Sukan Sea Indonesia!

Terus terang aku katakan, tentang Sukan Sea Indonesia kali ini, memang aku tak ikut sangat. Hanya Bolasepak sahaaj yang menjadi kegemaran untuk aku nak tengok. Bukan bermaksud aku tak sokong Malaysia. Cuma sukan lain aku kurang berminat. Tapi boleh tahan cerita negatif yang aku dengar dari Sukan Sea Indonesia ini. Kadang-kadang membuatkan aku meluat dengan Indonesia. Tapi dalam Setandan Pisang bukan semuanya buruk. Macam kat Malaysia juga. Bukan semuanya buruk.

Untuk esok Team Bolasepak Malaysia akan ke Stadium dengan Barracuda? Apa kes? Semoga tak ada benda yang tidak diingini berlaku. Kita bersukan untuk merapatkan silaturrahim sesama kita. Bukan nak bergaduh. Kalah menang adat permainan. Biarlah kalah atau menang dengan adil. Baru laa gentleman. Ini kalau menang dengan penipuan memang tak ada orang yang akan respek.
Penyokong Indonesia memang ganas, aku ingat kat Malaysia! Tapi kat Indonesia lagi ganas, tak dapat beli tiket kaunter tiket dibakar. Nasib baik rakyat Malaysia masih waras, harga tiket naik, boikot. Kena tipu dengan ulat, report kepada pihak berkuasa. Memang terbaik laaa.
Tapi kalau ikut marah, banyak saja yang aku tak puas hati. Jurulatih nak meraikan kemenangan pun tak boleh masuk padang, wartawan  dari Malaysia tak boleh masuk buat liputan dan Bendera Malaysia yang tak ikut spesifikasi. Macam ada saja yang tak kena dengan Sukan Sea kali nie. Aku harap, kerajaan Indonesia dapat berlajar dari keselipan, jangan sampai lepas nie, tak akan ada Sukan Sea di Indonesia lagi. Antara sumber pendapatan negara tue, kalau menjadi tuan rumah temasya.
P/S – Tak semuanya teruk, ada juga yang baiknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge

WP-SpamFree by Pole Position Marketing