Review Aku Bukan Tomboy! Sempoi gak.

Aku sempat untuk layan filem terbaru arahan Syamsul Yusof, Aku Bukan Tomboy. Pada pendapat aku, filem ini ok. Boleh dilayan, memang akan membuatkan korang ketawa. Tapi ada part yang membuatkan korang geli. Yang aku maksudkan part bila di ayat oleh Pengkid. Memang tak tahan! loya siot. Aku tak tau, camtu ka pengkid ayat awek sekarang. he he.



Apapun, memang enjoy la cerita tue. Banyak lawak yang dihasilkan hanya melalui skrip. Tapi gaya pelakon pun hebat gak. Macam pelakon feveret aku, Shaheizy Sam, he he. Tapi ada gak kekurangan yang aku tengok dalam cerita nie. Harry (Shaheizy Sam) seorang salesman tapi tinggal dirumah yang boleh tahan besar. Burn (Syamsul Yusof) nerd yang hanya buat pada muka sahaja. Pakai spek ngan sikat tepi. Tapi gaya still smart. Tapi maybe itu orang bendul bagi pandangan mata Syamsul. 


Mungkin akan ada Aku Bukan Tomboy 2 kot, sebab ending dia agak tergantung. Lakonan Salina Saibi memang mantap la jadi Pengkip, pada awalnya sampai aku tak perasan siapa yang pegang watak pengkid Sam tue. Tahniah,! aku rasa filem nie boleh jadi box office gak kot. Memang boleh di layan, cuma pengajarannya, bukan semuanya perempuan gaya macam lelaki itu tomboy kot. 

Lazada Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge