My Nuffnang Story!

NUFFNANG! Blogger mana yang tak kenal dengan Nuffnang? Peneraju komuniti pengiklanan blog yang pertama di rantau Asia-Pasifik. Bermula beroperasi dengan 4 negara, sekarang dah berkembang kepada 6 negara. Tidakkah itu menunjukkan peningkatan yang terbaik dari Nuffnang? Aku pun tak berkecuali untuk join komuniti yang terhebat ini. Bila aku start join? 28/2/2009. Tapi blog aku dilahirkan pada 11/1/2009. Lebih kurang sebulan lepas blog aku beroperasi terus aku join Nuffnang dengan niat nak buat duit melalui blog konon.

Tapi itu adalah kesilapan yang aku buat! Blog kerana duit tak kemana. Nuffnang ada bagi peluang kat aku dengan buffer earning. Tapi aku tak pandai guna peluang yang ada. Ada sampai aku rasa sampai malas dah untuk berblog. Tapi semua itu dah berlalu. Sekarang aku enjoy sangat berblog, sehingga syok sendiri. Maybe  sedikit kecewa bila tak dapat buffer earning dari Nuffnang ketika blog aku mencanak naik. Tapi itu semua sebagai bonus. Kalau ada rezeki InsyaALLAH.
Dengan Nuffnang memang rock, sebab Nuffnang la, aku dapat berjumpa face to face ngan artis feveret aku. Shaheizy Sam dan awek idaman malaya, Lisa Surihani. Bila aku join review Filem Sekali Lagi. Join event yang menarik sehingga aku dapat berkenalan dengan blogger lain. That’s why laa, NUFFNANG BUKAN SAHAJA TEMPAT PERIKLANAN UNTUK PARA BLOGGER, TAPI KOMUNITI UNTUK BLOGGER! memang terbaik!! Kalau nak cerita tentang Nuffnang nie, memang panjang, tapi kalau nak tau best ke tidak Nuffnang nie, boleh tengok Entry aku yang sebelum nie.
Event pertama yang aku join adalah Gatsby Deodarant Street fair!
semua blogger yang hadir akan dapat rm50 ringgit. Tapi aku tak dapat. Maybe sebab aku register lambat kot. Maklumlah, ada anak kecil.
Buka Puasa bersama Digi Angels!
Dapat berkenalan dengan blogger lain, masa nie lah, si Myvitrd dapat review mifi dari Digi. Jeles aku!!
Dapat tiket pra tonton Sekali Lagi
Masa inilah aku dapat berjumpa dengan pelakon idaman ramai. Tapi gambar je sikit, tak ada kamera. Kalau menang kamera Olympus dari Nuffnang pun best gak.
Main golf kat Citygolf Bangsar.
Kerana Nuffnang laa, aku 1st time dapat rasa hayun kayu golf. Terbaik.
Masa nie, si Putrakry dapat review Sony Ericsson w8, pastu dapat free plak handphone tue sekarang.
Tambah lagi kawan blogger, ramai blogger yang dapat hadiah yang menarik. Cuma aku je tak pernah dapat.
Memang sempoi dan happening! cuma sedih sebab tak dapat Ipad 2. Tue laa, slogan tak kreatif. he he.
Kalau boleh memang semua event yang Nuffnang buat aku nak join, sebab memang best sangat. Cuma kalau atas sebab2 tertentu saja aku tak dapat join. Apapun, kalau boleh aku nak join event yang gempak akan datang daripada Nuffnang iaitu Nuffnang Asia-Pacific Blog Awards 2011. Majlis anugerah award yang akan berlangsung di Marriot Putrajaya, dekat sangat dah dengan umah aku. he he. Ini bukan saja untuk Blogger Malaysia, tetapi untuk Blogger satu Asia Pacific berkumpul, he he terbaik. Kalau aku dapat jemputan, pastu menang plak kamera dari Olympus ini, memang best laa.
Aku tak pernah merasa withdraw duit dari Nuffnang. Tapi sekarang aku dah boleh withdraw. Tapi sikit je, ini adalah pengeluaran duit pertama aku dari Nuffnang. Semoga lepas nie, rezeki aku akan bertambah lagi. InsyaALLAH. To Nuffnang, lepas nie, abgi la banyak-banyak sikit Buffer Earning kat aku, InsyaALLAH aku akan guna semaksimum boleh. he he. Kalau dapat sponsor post lagi best. Anyway! Nuffnang memang BEST. Dulu kini dan selamanya, harap aku setia bersama Nuffnang. he he.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.