10/18/2011

Ada apa dengan Pakej Maxis Home!



Tadi masa window shopping kat Plaza Low Yat. Ada satu booth Maxis yang promote latest punya broadband dari Maxis iaitu Maxis Home. Dari Pakej yang ditawarkan macam boleh tahan. Untuk promosi sekarang, permasangan still percuma yang mana bernilai rm200 tapi cuma sehingga 31 oktober 2011. Lepas dari tarikh nie, maybe akan dikenakan bayaran. Kot -kot Maxis baik hati, dia extend plak tarikh tue. he he.


Perkhidmatan tambahan pun boleh tahan gak, download muzik dan video, Internet security dan email Mymaxis inbox. So far, untuk setiap pakej ada kuota masing-masing. Tapi untuk permulaan, tanpa had sehingga 31 Disember 2011. Maksudnya kalau pasang sekarang, lebih kurang 2bulan lebih untuk download kaw - kaw punya. Pastu kena la jimat kuota tue.


Sekiranya korang berminat untuk melanggan pakej nie, ushar la dulu adakah available atau tidak dikawasan korang. Kalau tak, I'm Sorry. Untuk aku, hanya menunggu review dari Blogger yang dah subscribe. Sebab aku tak suka bila ada pakej yang kontrak sampai 2 tahun. Lama tue azab nak menunggu, kalau kita dah tak puas hati dengan servis yang di beri. Kena bayar plak pampasan, lagi rugi. Apapun, berbelanja mengikut kemampuan, jangan ikut kehendak sangat. Adios.