![]() | |
| AstroIPTV 1st concept store Mont Kiara. |
Pergh! ini kali ke berapa aku dapat join event Nuffnang sejak aku pindah ke KL nie. Memang best sesangat dan tidak mengecewakan. Kali nie juga aku jumpa ramai blogger popular. Memang tak sombong langsung depa nie. Disamping tue, dapat gak sedikit tips blogging dari Blogger Masterchef Jejai! he he Tq bro. Kali nie memang salah satu event yang happening pernah aku join. Banyak blogger baru dan pernah aku jumpa. Memang syok sangat.
![]() |
| Jejai aka JamesBond mengeluarkan senjata |
Selalunya kalau pergi event nuffnang nie, kalau tak ada hadiah yang menarik memang tak sah. Semalam saja 2 orang dapat tv 32" tapi yang nie, memang aku confirm tak dapat sebab pergi pun tak ada ciri-ciri celebrity. Kerana pemenang dikira melalui pakaian yang paling sempoi. Eyriqazz memang simple saja laa, sebab dia dah dapat dah sebelum nie. So kali nie, di bagi peluang kat blogger lain plak. Tak percaya tengok SINI, he he.
Tapi hadiah yang menjadi harapan adalah ipad 2, kerana pemenang dikira melalui slogan yang paling kreatif kot. Tapi ini pun aku tak dapat. Itulah yang menjadi harapan bagi aku ngan JMR dan tunangannya cik Nunu. Lagi satu kejutan, Nuffies Thara tue adalah confirm memang junior aku kat sekolah dulu. Semalam baru dapat sembang ngan dia secara berdepan, sebelum nie, aku jumpa tapi malu nak bertegur. Maklumlah, aku nie pemalu orangnya, he he. Semalam dapat kenal sekali ngan hubby dia Aein, Memang sporting.
![]() |
| Joe tengah kusyuk dengar penerangan! |
![]() |
| Aku bersama dgn Captain America yang tersesat. Tq JMR. |




bila aku baca bukan captain america tu menang best dress....cam tak patut je kan...
ReplyDelete