Makan – Makan! Nasi Lemak Tengkera, Bandar Sri Permaisuri.

Nasi Lemak Tengkera, Bandar Permaisuri!

  
1stly aku tak tahu apa yang dimaksudkan dengan Tengkera. Aku just cuba untuk merasa makanan luar yang berdekatan dengan rumah aku. Kali nie, aku kongsikan tentang Restoran Nasi Lemak Tengkera. Macam blog jalan-jalan cari makan plak. he he. Dari yang aku google, Nasi Lemak Tengkera nie, berasal dari Melaka, boleh tgk kat blog Mimie1678 dan Elle. Aku pun tak tau sangat, tapi bagi aku, kat KL nie, macam-macam jenis makanan boleh dapat dekat KL nie. Tak kira dari negeri mana pun.


Char Kuey Teow yang Urrmmm Lazat….


Bagi pendapat aku, makanan kat sini yang korang wajib rasa. Char Koey Teow. Memang sedap sangat, kalau banding dengan Char Koey Teow Sg Dua, Memang sedap sini lagi. Aku tau laa, sebab aku asal Penang, Char Kuey Teow Restoran Nasi Lemak Tengkera nie sedap. Mmg menjadi feveret aku, kalau mai makan kat Restoran nie lagi. 2nd choice korang boleh laa, try Nasi Lemak Tengkera tue. sedap juga. Tapi oleh kerana darah Penang yang mengalir di tubuh ini, Char kuey Teow la yg paling aku suka.. he he.


Tentang minuman, banyak pilihan, tapi yang best, nama minuman ikut jenama kereta. So pilihlah yang mana berkenan dihati. Tentang minuman tak boleh nak suggest, sebab aku hentam ja. Tapi sedap je bagi aku. Nanti kalau korang jalan – jalan area sini boleh singgah. |Kalau rasa nak belanja aku pun boleh. he he. Roger je, rezeki jgn ditolak, musuh jangan dicari. he he. Aku kongsikan, gambar2 yang membuatkan korang akan terliur untuk try makan kat sini. he he.

Menu yang semakin susah nak pilih.

Map dari Stadium KL, Cheras.







Lazada Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge