Satay Station pencabar sebenar Satay Kajang (Hj Samuri)

Lambang pun leh tahan oooo

Assalamualaikum & Salam sejahtera! Seperti biasa blog yang ditulis melalui pengalaman aku. Sekadar kongsi dengan orang lain. At least yang berguna jadi tauladan, yang buruk minta simpang la ye.

Seperti biasa, baru-baru ini teringin sangat nak makan satay, kebetulan dengar ada cawangan restoran satay yang baru buka dekat dengan kawasan perumahan aku. Apa lagi, baru semalam aku pergi terjah. Orang kata sedap, apa lagi try laa.


Restoran yang aku maksudkan ialah, Satay Station Tasik Permaisuri. Memang betul seperti yang orang cakap. Sedap sangat, berbaloi-baloi. Menu yang disediakan hanya satay dan mee rebus. Kedua-dua makanan tue, memang sedap.

Besar tak satay daging dia?
Untuk harga secucuk satay ayam @ daging rm 0.90. Untuk mee rebus rm6.00. Memang mahal harganya tetapi memang tak rasa menyesal kalau dah sedap. Dengan satay daging yang lembut. fuhh! memang sempoi laa. Aku rasa, kalau orang jauh datang cari satay kajang! aku akan suggest satay station.

Kepada sesiapa yang belum pernah! dapat cuba rasa! memang rasa macam nak pekena lagi. Tak kenal maka tak cinta. Tak rasa maka tak tau laaa kesedapannya. he he he.

p/s - Jangan makan selalu, boleh bankrupt ooo..


Try banyak nie je, 2 makan pun dah kenyang!



3 comments:

  1. Sir...satay station ni kt area kajang gak ke?? Thx u!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satay Station ini area Bandar Tasik Permaisuri...

      Delete
  2. die ade kat kg pandan n ampang juga..

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana meninggalkan komen.
Sekiranya ingin mengetahui email anda sudah dibalas boleh klik pada
Subscribe by email di bawah kotak komen ini.

Related Posts with Thumbnails
DreamHost promo code