Fuyoo! blog aku nie, asyik review tentang Water Park saja. Hanya tinggal beberapa tempat yang aku tak pernah pergi lagi. Tapi, InsyaALLAH. Kalau boleh aku nak review semua dalam blog aku nanti. kali ini aku nak kongsi sikit tentang Waterpark yang berada di utara Semenanjung. The Carnivall Sg Petani.
Bagi aku, tempatnya agak ok. Kecil kalau nak compare dengan Bukit Merah. Tapi harga murah yang membolehkan kita membawa keluarga bersuka ria. Untuk kepuasan anak-anak memang berbaloi, sebab banyak kawasan untuk kanak-kanak. Tapi untuk orang dewasa, maybe kurang skit la. Tapi still ada gelongsor untuk orang dewasa.
| Sempoi x? sambil berendam boleh minum air cam dok tgk kat TV. |
| Untuk citizen, jgn lupa tunjuk ic, kdg2 diorg minta. |
Apa yang best untuk datang sini, ialah, pelampung free. Tak payah sewa macam Water Park lain. Cuma kalau ramai orang maybe akan berebut sikit. Apabila beli tiket akan dapat makanan percuma. Tapi tak la sedap sangat. Tapi boleh la, untuk makan lepas penat bermain. Ok la, dari kena beli kan dalam, mahal plak tue.
Bagi orang dewasa, kat sini tak ada tempat utk kita bermain ombak. Maklumlah, kebanyakkan waterpark yang aku pergi sebelum nie ada saja tempat bermain ombak. Maybe sebab diorang ingat kalau nak main ombak boleh pergi Pantai Merdeka kot. he he he.
| Rancang masa anda. |
Anyway! tempat nie, untuk bawa anak-anak memang best. Boleh nampak kepuasan mereka bermain.

0 comments:
Post a Comment
Terima Kasih kerana meninggalkan komen.
Sekiranya ingin mengetahui email anda sudah dibalas boleh klik pada
Subscribe by email di bawah kotak komen ini.