Cuti-cuti - Taman Desa Water Park

Entry 1st buat tahun 2011! dah lama aku tak tulis kat blog nie. Busy handle amanah yang diberikan oleh orang kepada aku. So tak sempat nak update blog ini, walaupun idea datang mencurah-curah. ha ha ha. 


Ok kali ini, aku nak cite sikit tentang tempat aku pergi mandi manda bawa anak baru-baru nie. Tempat yang aku maksudkan dah tertera kat tajuk tue. mana nak tau! kot2 korang google jumpa blog nie kan. Sememangnya ada website tentang Desa Water Park nie. Tapi kalau dalam website nie, selalunya indah khabar dari rupa.


That's why kadang-kadang aku pun search juga sebelum aku pergi jalan kat mana-mana. dapat info lebih sikit. Lagi banyak lagi bagus. Ok laa... Untuk masuk ke taman tema nie. untuk dewasa harganya rm20. kanak-kanak hanya rm14. Makanan kat dalam boleh kata mahal kalau nak compare kat luar. So sebelum masuk makan siap-siap. Sebab makan dari luar tidak dibenarkan. Tapi bawa sorok2 boleh je. 


Kat dalam tue, kalau korang nak sewa pelampung untuk yang double punya sewa rm7 dan single punya rm5. deposit korang kena tambah rm5. Untuk Ambil balik deposit korang kena pulangkan pelampung sebelum pukul 5ptg. 


So far bagi aku tempat ini best untuk bawa anak-anak! Kalau untuk yang remaja tue! maybe kurang sesuai sebab tak banyak permainan yang thrill. Tapi harga berbaloi-baloi untuk nak beriadah dengan keluarga.
So kepada sesiapa nak pergi nanti! jangan anggap dia macam Sunway Lagoon! sebab jauh panggang dari api. Tengok harga pun dah tau! So selamat bercuti.

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meninggalkan komen.
Sekiranya ingin mengetahui email anda sudah dibalas boleh klik pada
Subscribe by email di bawah kotak komen ini.

Related Posts with Thumbnails
DreamHost promo code