Apa ada dengan Sunway Lagoon!

sunway lagoon


Tempat ini yang membuatkan aku tak cukup masa untuk meronda. Tapi puas hati. Bagi aku tempat yang sempoi untuk beriadah bersama keluarga atau buat family day bagi company besar-besar tue. Tapi lagi best kalau pergi time orang sibuk berkerja( isnin - jumaat ). Kalau boleh jangan time cuti sekolah. Memang sesak la jawapnya. Bagi sesiapa yang boleh tahan ok la. Tapi kalau dah ada anak sekolah, nak bawa pergi Sunway Lagoon memang kena time cuti la. Kalau tak, kesian..

Ok, kali ini, aku nak kongsi serba sedikit pengalaman yang aku pergi ke Sunway Lagoon, untuk peringatan masa depan aku danuntuk kawan yang dalam planning nak pergi akan datang.

TRICK - Desktop tak berfungsi!

trick

Salam semua! Sudah lama aku tak kongsi trick kat sini. Kali ini, aku nak kongsi satu cara yang best untuk pekena kawan-kawan korang. Bagi kawan-kawan korang yang tak alert tue, maybe boleh terkasima buat seketika.

Aku tak tahu nak letak tajuk apa, harap korang boleh faham la ye. Maksud prank yang akan dilakukan ini.
simple je step dia. Tapi sesiapa yang tak try memang tahu la. Ok lah, aku teruskan dengan step dia.

Untukmu Palestine!!


Tiada apa yang mampu ku lakukan. Hanya berdoa. So aku kongsikan bersama para pembaca blog ini. Kalau yang ok tue, forward-forward kan lah. Hanya ini yang mampu kita buat untuk membantu penduduk Palestine yang teraniaya akibat Zionis yang celaka.

Sama - samalah kita sebarkan doa ini.

" Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya" . Amin



FIFA World Cup 2010 Demam Bola Bermula



Kali ini, untuk sebulan, aku harap sangat TV akan menjadi milik aku. Bukan apa, Senang untuk aku nak sembang dengan kawan-kawan untuk sebulan ini. Confirm semua tempat menjadi demam bola. Maklumlah, sambut 4 tahun Sekali. Bukan selalu pun.

Kepada steri-isteri dirumah, harap dapat emahami kehendak suami. Bukan selalu, hanya kebebasan selama sebulan je. Untuk boleh tengok kat Kedai Mamak yang 24jam bersama kawan-kawan. Baru feel tengok live bola.

Kepada yang kaki bola, jangan tengok bola sampai lambat pergi kerja pulak. Maklumlah, dok berjaga malam. Kalau nak pergi lambat. Minta Excuse kat Boss siap untuk bulan nie. Baru hati tenang. he he he.

Saja je aku nk melalak pasal worldcup, EPL dah habis, tengah busy nak beli player je kelab kesayangan aku tue. So, untuk world cup nie. Aku sokong Belanda. Nak sokong Malaysia, Tapi tak lepas lagi. Takpe laa, nanti akan datang, aku sokong Malaysia. WC 2018... Malaysia akan ke World Cup. he he. Harap-harap laa..

Alang-alang dah ada entry nie.. join sekali contest yang dibuat oleh denai hati.

P/s - Kawan-kawan Sokong team mana?

Kepada yang download dari Blog ini, Saya Minta Maaf!!


Seperti tajuk di atas! Saya dengar rasminya, Memohon maaf atas apa yang saya telah share dengan kawan-kawan semua. Bukan apa, saya sendiri pun tak download video tersebut, just untuk test SEO bagi blog ini.

Photobucket
Memang Keywords Lucah betul-betul berhantu. Bagus untuk naikkan traffic. Tapi rasa macam tak best je kalau share dengan pembaca benda yang tak betul berguna. Dan hanya membuat Aku berdosa saja. Sebab tue, aku share video lain.

Yang download video tue, camna? Best tak? Just untuk bagi korang bergelak ketawa. Tengok Budak kecil yang pandai terlebih. Kepada yang tak download ini. Video yang sebelum nie, korang download adalah video ini. he he.

Jangan Marah naa!!! he he he

Review Lagenda Budak Setan!



Aku berkesempatan untuk tengok cerita Lagenda Budak Setan tengahari tadi. Apa lagi layan laa. Memang filem yang aku tunggu-tunggu pun. Not bad la. Cerita tentang Seorang lelaki yang setia dengan perempuan dicintai. Siapa kata lelaki tak setia???

Bagi yang membaca novel tersebut, mesti terasa banyak kehilangan berbanding apa yang dibaca. Tapi nak buat camna, Cerita tak sampai 2jam. So limit la. Kalau ikut novel betul-betul mesti mantap. Banyak gak kekurangan berbanding dengan novel. Bagi aku, baca novel dia lagi feel.

Kelebihan cerita Lagenda budak setan
1. Macam yang dah tengok dalam youtube, view kamera yang best.
2. Lakonan yang mantap dari Que Haidar.


Kekurangan bagi pendapat aku plak
1. Ada setengah scene tak ada background muzik.
2. Pelakon yang membawa watak ayu bertukar wajah, macam ikut skrip je.
3. Jalan cerita macam terlampau kelam kabut. Bagi yang tak baca novel mesti tertanya-tanya. (maybe sebab masa kot)
4. Cite tentang setan kejap sangat. cintan yg lebih.
5. memang kurang faham bagi siapa yg tengok, tapi tak baca novel tue.


Aku rasa yang nie je terlintas kat kepala aku buat masa ini. Bagi yang sedang bercinta tue, mesti best tengok. At least, filem ini menceritakan tentang cinta sejati. Cinta Agung Kasyah & Ayu. Aku suggest yang minat novel nie, boleh la pergi tengok. Tapi yang tak baca, tak payah laa.. kurang faham nanti.. Tapi bukan seperti yang aku jangkakan. bai aku hanya boleh bagi 2 bintang sahaja.

Download mp3 ost budak setan.
Related Posts with Thumbnails