Tutorial mengenakan PC kawan-kawan.

Kali ini aku nak kongsikan, tips macam mana nak mengena PC kawan-kawan korang. Trick ini akan membuatkan dvd drive atau cd drive kawan korang terbuka berulang kali. Korang mesti faham, seperti gambat di bawah.


Untuk membuat trick sebegini hanya menggunakan notepad saja. Banyak juga benda yang boleh buat ngan notepad nie kan? ok, aku teruskan. caranya adalah seperti berikut.

1st:-
copy skrip di bawah.
Set oWMP = CreateObject("WMPlayer.OCX.7")
Set colCDROMs = oWMP.cdromCollection
do
if colCDROMs.Count >= 1 then
For i = 0 to colCDROMs.Count -1
colCDROMs.Item(i).Eject
Next
For i = 0 to colCDROMs.Count -1
colCDROMs.Item(i).Eject
Next
End If
wscript.sleep 5000
loop


then save as sebagai klik.vbs.

siap! senang je kan? apa lagi hantar ke pc kawan korang. dan klik 2 kali ada akan tahu apa yang terjadi. Kalau tak jadi korang boleh komen, aku akan ajar sampai boleh.
Senang je...

Note :
cara nak cancel balik senang juga, tapi kena bagi boleh yang ini dulu la. Jangan lupa promote la blog aku nie kat orang lain sama.. he he he...

Kenapa kita mesti benci POLIS?


Salam ukhwah! Best tak tajuk? Tajuk tue bukan apa. yang terlintas kat hati aku nie.
Kerana sorang polis ambil rasuah habis semua polis di persalahkan. Aku cuma nak perbetulkan mind set kita. Selalunya, orang kita mesti berfikiran negative tentang polis ini. Apa yang polis buat semua tak kena. Macam laa kita nie betul sangat.

Aku pun ada gak pengalaman yang menyebabkan aku benci juga kat polis kadang-kadang. Tapi entry nie, aku buat, untuk aku fikir balik, dalam yang buruk mesti ada baiknya.
Seandainya polis tiada di Malaysia? apa akan terjadi?


1. Memang selamber badak la penagih, kaki pow, peragut dan yang sejahat dengannya bermaharajarela kat Malaysia nie.

2. Memang lagi teruk la kesesakkan lalu lintas masa kita nak pergi kerja. Sebab tak ada polis yang kawal.

3. Apabila hari raya, kita tak akan dapat raya dengan tenteram. Kalau tidak polis yang selalu tidak cuti kerana kena jaga kawasan perumahan kita.

Aku rasa 3 ini sahaja pendapat aku, kawan-kawan camna? plz komen. Kepada para polis yang ambil rasuah tue, biar lah. Itu urusan dia dengan Allah taala. Untuk nak bagi makan anak bini dia makan. Mesti ada balasannya.

Aku buat entry nie, bukan nak bodek polis. dengan tertera entry nie pun, saman aku tetap kena bayar. tiada kompromi. he he he.

Habis madu sepah dibuang!


Inilah nasibku! Habis madu sepah dibuang. Dahulunya aku sangat popular, Sampai boleh dikatakan seluruh orang Asia ingin melayan aku. Aku terima dengan redha! Aku melayan mereka sebaik mungkin. Aku make up bagi cantik-cantik. Tetapi apakan daya, inilah nasib ku dipenghujung cerita. Bukan aku tak cantik, tapi maybe saingan aku lebih ringan berbanding dengan aku yang berat ini. Terlampau make up sampai berat pun bertambah. ini semua gara-gara seorang lelaki.

Lelaki yang telah menambah keperitan bagi diri aku nie. Lelaki yang telah merosakkan aku ialah Mark Zuckerberg. Kalau dia tak cipta mukabuku(facebook), tentu sampai sekarang aku popular. Tapi inilah dunia, kadang kita diatas, nanti kita dibawah pulak. Maybe hari ini hari aku. Entah bila pulak hari facebook pulak akan jadi cam aku.


Bukan aku tak jeles, jeles! tapi nak buat macam mana, aku bukan pilihan pengguna lagi. Aku buat la apa pun, orang tetap akan terlekat dengan facebook tue. Maklumlah, semua ada. Nak chat boleh, nak main game boleh. Bak kata pepatah, memang complete la untuk melalaikan orang. Tapi aku tak lah sehebat dulu, maybe sebab aku dah tua. end...

Kawan-kawan macam-mana karangan aku? ok x? Saja je nak test. Dapat idea menjadi friendster apabila saja je melawat laman sosial aku yang lama. he he he. jangan marah ye.

Poem yang baik punya!! Perempuan jangan marah ye!


Tak percaya pulak aku, ada gak poem yang macam nie. Selalu jumpa dalam bahasa melayu, kali nie, english version plak. Kepada isteri-isteri dan perempuan perempuan di luar sana. Jangan kecil hati ye. Jokes saja nie. Kalau tiada perempuan! siapalah lelaki? Kalau tiada lelaki! siapa la perempuan. So kepada pasangan di luar sana sabar sesama pasangan anda.

poems written by husband to wife!!

I wrote your name on sand it got washed.

I wrote your name in air, it was blown away. then

I wrote your name on my heart & i got Heart Attack.



******

God saw me hungry, he created pizza .

He saw me thirsty, he created Pepsi .

He saw me in dark, he created light .

He saw me without problems, he created YOU.



******

Twinkle Twinkle little star

You should know what you are

And once you know what you are

Mental hospital is not so far.



******

The rain makes all things beautiful.

The grass and flowers too.

If rain makes all things beautiful

why doesn't it rain on you?



******

Roses are red, Violets are blue

monkeys like u should be kept in zoo.

Don't feel so angry you will find me there too

not in cage but laughing at you.


******

Membuat PC bercakap!!!



Dah lama rasanya aku tak kongsi trick yang best-best kat blog ini tentang komputer. Kali ini aku nak share satu trick yang best bagi aku.. Aku rasa kawan-kawan mesti nak try punya.. Seperti biasa membuat script melalui notepad..

caranya begini:-

1. copy script di bawah.

Dim message, sapi
message=InputBox("What do you want me to say?","Speak to Me")
Set sapi=CreateObject("sapi.spvoice")
sapi.Speak message

2. Paste dalam notepad & save file sebagai cakap.vbs (boleh ubah ikut suka hati korang)


3. Then, korang boleh tukar icon yang menyedapkan mata korang.

Dinasihatkan dalam sebutan english lebih sedap berbanding sebutan bahasa melayu. well english is international language.

Filem lucah dari Malaysia aka 3gp ke?



Sukar dipercayai! Kalau tak silap, tahun lepas kecoh satu rancangan ala survivor dari luar negara, Yang menjalankan penggambaran kat Mersing kecoh. Sebab ada adegan berlari dalam keadaan bogel. Pada tahun ini pula, lagi panas pula cerita dia.

Bertempat di hutan simpan, taman negara Pahang. Di jadikan tempat untuk produksi filem lucah luar negara pula untuk membuat penggambaran. Apa kat tempat lain tak ada ke? Pendedahan ini dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak.

katanya'

(KAWASAN yang didakwa menjadi lokasi penggambaran filem lucah di Taman Negara)

“Saya menerima aduan daripada penduduk dan semasa membuat lawatan mengejut di situ awal April lalu, saya telah melihat sendiri beberapa adegan yang tidak sepatutnya.

“Malangnya, pengarah produksi asing berkenaan tetap berkeras mengatakan adegan itu tidak menyalahi budaya tempatan dan sebahagian merupakan arahannya,”

Cuma name filemnya dia tak tahu, kalau dia bagitahu, nanti ramai pulak yang cari kat internet download plak he he he. Yang peliknya bagi aku, pihak luar tak inform dulu ke kat pihak tertentu di Malaysia, sebelum membuat sebarang penggambaran?

Aku bukan apa, seandainya Allah ingin menunjukkan sesuatu bala, Orang Malaysia yang akan kena. Ingat la tragedi kat acheh, dalam sekelip mata saja. So banyak-banyak lah muasabah diri. Jangan terlampau open, sampai orang luar boleh buat Malaysia macam negara sendiri plak. Kena ingat lah, Malaysia nie Negara Islam.

So beringatlah sebelum terlambat.

Tip Perniagaan Online


Salam ukhwah kepada semua pengunjung blog yang tak seberapa ini. Kali ini, aku nak kongsi serba sedikit apa yang aku baca dari sebuah majalah. At least dengan berkongsi, boleh juga aku guna untuk aku baca di masa akan datang.

Blog aku nie, tak ada specifik kepada sesuatu tajuk sahaja. Aku just berkongsi apa yang boleh dikongsikan dan apa yang aku tahu. ok la, tanpa menulis lebih banyak intro, aku kongsikan, 9 tip perniagaan online.

1. Belajar membina minisite/website/blog bagi tujuan perniagaan. Ini merupakan langkah permulaan bagi memulakan perniagaan online.

2. Jangan takut untuk mencuba melakukan sesuatu yang baru.

3. Perlu ada keyakinan diri untuk memulakan perniagaan.

4. Jangan amalkan sikap bertangguh kerana dalam apa juga pekerjaan sikap bertangguh boleh membawa kemudaratan kepada kerjaya.

5. Perlu rajin bertanya sesiapa sahaja yang faham dan bijak dalam bidang perniagaan online.

6. Jangan mudah terpedaya atau tertipu dengan penipuan yang banyak berlaku di internet.

7. Kaji teknik usahawan internet yang berjaya.

8. Perlu ada komitmen yang tinggi kerana perniagaan memerlukan perhatian dan kesungguhan.

9. Pandai melebarkan jaringan hubungan di antara peniaga-peniaga di internet.

Setakat ini sahaja yang dapat aku kongsikan dengan kawan-kawan. InsyaALLAH, kalau ada yang lain nanti updatekan lain. Well selamat maju jaya kepada sesiapa yang baru nak bermula perniagaan internet nie.




Review Semerah Cinta Stilleto



Lambat untuk aku nak update tentang filem terbaru yag aku tengok. Sebuah filem komedi romantik yang di arahkan oleh Ahmad Idham. Sebenarnya aku tengok cerita nie, pada hari sabtu yang lepas, tapi tak sempat untuk buat review kat blog nie, sebab kat kampung aku tak ada internet. So aku simpan la sampai hari ini.

Untuk kawan yang tak tengok lagi, aku suggest korang boleh la pergi layan kat mana-mana wayang terdekat dengan rumah korang. Bukan apa, support filem melayu. Tapi kalau jauh tue, takut tak berbaloi plak. lain la, kalau korang betul peminat fanatik para pelakon yang menjayakan filem ini. Ok la, komen yang biasa dari aku.

Apa yang best :-
1. Jalan cerita yang ok pada awalnya, tapi hampeh bila nak hujung cerita.
2. Dengan adanya Cat Farish, bertambah ceria filem ini.
3. Leto(lakonan Farid Kamil) membawa pelampung bila kena kes tabiee. he he.
4. Lebih kurang gabungan cerita cinderella & antara dua darjat.


Yang tak bestnya :-
1. Ending yang kurang best. Dari buka kedai kasut, baik buka restoran Bakso!
2. Kurang cerita tentang Stela aka Siti Laila. lebih kepada kena faham sendiri.
3. Tak ada scene yang menunjukkan Stela & Leto declare as couple.

Aku rasa setakat ini sahaja pandangan dari aku. Dari seorang pengkritik yang tidak bertauliah. he he he he.

kereta vs perempuan!!!



Bagi seorang lelaki yang berkemampuan, kereta merupakan benda yang penting untuk dimiliki apabila sudah berkerja. Kadang-kadang sebelum kahwin, kereta boleh dikatakan bini bagi lelaki tersebut. Untuk perempuan disana, kali ini aku nak kongsi, kenapa lelaki lebih sayang kereta dari awek!

Antara 10 sebabnya ialah :-

1. Kami boleh angkut pegi kemana-mana yang kami suka.

2. Kami nak merokok dalam keta pun takde yang bebel.

3. Kami boleh upgrade dan make-up ikut citarasa sendiri.

4. Tak kisah dengan bau nafas kami sendiri.

5. Boleh bagi pinjam kat kawan. Awek tak boleh bagi pinjam, merana nanti.

6. Kami boleh raba-raba dan buka bodynya pasal takde yang akan terjegil bijik mata.

7. Kereta tak merengek untuk bawak pegi shopping.

8. Kami boleh abiskan banyak masa bersama-sama.

9. Kereta tak merajuk, so tak payah nak pujuk-pujuk.

10. Bila boring korang boleh ambik model baru yang lagi ngetop.(kalau mampu la)

Ini antara list yang disenaraikan, ada kawan-kawan nak tambah lagi? Bagi kaum hawa, jangan la marah, sekiranya pakwe anda lebih menyayangi kereta. Tapi bagi lelaki yang sudah berkahwin, family adalah keutamaan bukan lagi pada kereta.



Related Posts with Thumbnails