
Buat pertama kali aku telah terpilih dalam projek 400 nuffnang. Rasa cam bersyukur sangat. Untuk pengetahuan korang projek yang nuffnang buat ini ialah, mengumpul seramai 400 blogger untuk ke
Gatsby Deodorant Street Fair!. Event ini akan berlangsung Seperti berikut:
Tempat : Ruang Legar, Ground Floor,
Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur
Pada : 17 April 2010
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Banyak aktiviti yang menyeronokkan telah di sediakan di
Gatsby Deodorant Street Fair ini, Antaranya dari acara seringkas membaling getah hinggalah ke aksi-aksi yang melucukan dan menggeli hati seperti bergusti sumo dalam beg udara oleh para peserta(macam mana ye mainan nie, Nak tahu kena pergi tengok laa).
Tidak lupa juga hadiah yang disediakan pun, boleh tahan menarik juga. Barangan elektronik,komputer,telefon bimbit dan baucar tunai Sehingga berjumlah rm15000. Best tue, harap-harap lah aku boleh menang salah satu. mana nak tau, kot-kot ada rezeki.
Kepada kawan-kawan yang tahu nak pergi tue, senang je. Antara cara-caranya ialah:-
1. Naik monorail turun dekat stesen Imbi.
2. Naik Star-LRT turun dekat Stesen Hang Tuah.
3. Naik teksi cakap hendak ke Time Square, kalau driver teksi tak tau, tandanya korang bukan naik teksi la tue.
Itu antara cara yang senang untuk hadir ke event nie. Bagi aku laa. Aku harap dengan menyertai event ini. Dapat merapatkan silaturrahim antara blogger Malaysia. Aku teringin nak jumpa kawan-kawan blogger yang lain. Tak kenal maka tak cinta kan?
Ok.. Jumpa You all kat sana.
p/s segala gambar kat sana nnti aku akan letak dalam live blog aku. tgk tau.