Salam Maulidur Rasul


Insan Cemerlang Ummah Terbilang merupakan tema untuk Maulidur rasul kali ini.
untuk maulidur rasul kali ini, buat kali pertama aku mewakili company aku untuk buat perarakan dekat Putrajaya. Kali terakhir aku join program macam nie, masa kat Asrama dulu. Kat penang, wakil asrama.

Sekarang kali pertama untuk company ini, itupun, maybe sebab aku pindah kat KL, Kalau kerja kat Penang lagi, tak dapat join rasanya. Memang best dapat tambah kawan, maklumlah baru pindah sini mana ada kawan sangat.


Perarakaan yang aku join bermula dari masjid besi ke masjid putra. Boleh tahan jauh juga. Sampai ada juga kawan aku yang sakit kaki. golongan yang lemah la katakan. he he he.

Ada negeri yang bertelagah sebab maulidur rasul, tak mau aku tulis disini korang pun tahu negeri mana? Tapi selagi kita boleh lakukan, kita lakukan. Inilah satu cara yang kita lakukan, untuk menyambut kelahiran rasul junjungan kita. Rasulullah S.A.W. Walaupun merupakan satu amalan bida'ah. Untuk semua pembaca, selamat menyambut maulidur rasul.

Orang yang benar-benar mencintai Rasulullah SAW memiliki ciri tertentu antaranya:-

1)Mentauhidkan Allah.

Hikmah utama diutusnya rasul termasuk Nabi Muhammad SAW adalah untuk menyeru manusia kembali kepada tauhid yang murni dan menentang syirik.

Firman Allah yang bermaksud:

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka). Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut.” (Surah al-Nahl, ayat 36)

Untuk membuktikan kasih sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW, hendaklah sekalian umat Islam menghindari amalan syirik dan mengikhlaskan ibadah hanya kepada Allah. Mentauhidkan Allah adalah bukti paling kukuh menunjukkan kita mencintai Nabi Muhammad SAW.

2) Mempelajari al-Quran, memahaminya, mengamalnya dan menyebarkan ajarannya.

Antara tanda mencintai Rasulullah SAW adalah dengan memanfaatkan al-Quran yang menjadi mukjizatnya dalam segala aspek kehidupan kita.

Ibnu Mas’ud berkata: Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya, kecuali al-Quran. Apabila dia mencintai al-Quran, maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya.

Untuk merealisasikan makna mencintai al-Quran hendaklah kita mempelajari dan memahami isi kandungan dan beramal dengannya serta menyebarkan pengajaran yang terkandung dalamnya kepada seluruh umat manusia.

3) Mentaati Sunnah Nabi SAW.

Satu lagi tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21)

4) Menyebarkan sunnah Nabi SAW.

Mencintai Nabi SAW bukan sekadar hanya taat kepada sunnah baginda, tetapi hendaklah kita bersungguh menyampaikan serta mengajarnya untuk menyambung tugasan baginda. Jika kerja dakwah baginda tidak ada kesinambungan, pasti sunnahnya akan mati dan digantikan amalan yang bercanggah dengan syarak.

5) Sentiasa memuji dan mengingatinya.

Mencintai Nabi Muhammad SAW, bermakna baginda sentiasa berada di hati kita. Oleh itu, kita hendaklah memperbanyakkan membaca serta mempelajari sejarah hidup baginda serta berusaha untuk menjadikan perjalanan hidup baginda sebagai cahaya menyuluh perjalanan kita.

6) Mencintai mereka yang dicintai Nabi SAW.

Antara tanda cinta kepada Nabi SAW adalah mencintai mereka yang dicintai baginda seperti isteri-isterinya, ahli keluarga dan sahabatnya serta seluruh umat Islam yang berpegang teguh dengan ajaran baginda.

7) Membenci orang yang dibenci Nabi SAW.

Hendaklah kita membenci serta menjauhkan diri daripada mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti golongan yang kufur kepada agama Allah dan mereka yang bergelumang dengan perbuatan bertentangan syarak.

8) Membela Nabi SAW daripada serangan golongan munafik.

Dewasa ini kita melihat institusi kenabian, hukum-hakam Allah serta sunnah baginda sedang hebat diperlekehkan kelompok munafik.

Bagaimana untuk membuat Shortcut untuk Safely Remove USB



Selalu kita cabut Pendrive, external harddisk & mp3 player dengan klik pada logo "Safely Remove Hardware" yang terdapat pada system tray kan? kali ini, aku bagi trick untuk korang buat shortcut dan hotkey bagi membuka "Safely Remove Dialog Box"

Caranya begini, ikut step by step tau.

1. Klik kanan pada desktop, dan pilih New->Shortcut.

2. Kemudian paste atau buat trick ini kat dalam location item.


RunDll32.exe shell32.dll,Control_RunDLL hotplug.dll



3. Kemudian Shortcut name tue, letak laa nama apa pun contoh : Remove Safely

4. Klik kanan, pilih properties change la icon sesuka hati korang.

5. Settle untuk buat shortcut je.

Untuk buat HOTKEY atau shortcut untuk keyboard pula:

1. Klik kanan Shotcut icon yang korang buat tadi.

2. Pilih properties.

3. Isi sebagaimana imej dibawah nie,



4. Untuk Shortcut key, Aku letakkan CTRL + F2. Korang ikut la mana yang senang bagi korang.

5. Pas tue, tutup la window tue. dah settle dah. senang je...

Aku rasa setakat nie saja, nanti aku kongsikan yang lain plak. Jangan lua bagi kredit kat blog aku nie. he he he. promote-promote.

Kawan-kawan yang mana tak faham boleh tanya kat aku, InsyaALLAH aku akan tolong setakat mana yang boleh.

Apa salah ku????

Photobucket

Kerap kali untuk minggu ini, dalam suratkhabar ada saja kes buang bayi. Memang menyayat hati. Aku tak faham la orang yang buang bayi ini? Itulah, kalau nafsu dah menguasai diri. Tak boleh nak fikir dah. Bayi yang tak bersalah menjadi mangsa.

Manusia yang tak ada perasaan langsung. Bayi yang baru lahir menangis boleh diletakkan di tepi surau, depan rumah orang, balai polis. Ada yang lebih kejam, sanggup tanam hidup-hidup atau campak dalam semak. Bayi yang dikandung 9bulan, boleh dibiarkan begitu saja.

Kepada kawan-kawan yang melihat berita atau baca surat khabar mempunyai perasaan marah benci kepada ibubapa bayi tersebut. Tahniah, at least hati kawan-kawan mempunyai keimanan lagi.

Kepada sesiapa yang buang bayi tersebut, sedarlah di dunia maybe korang terlepas. Di SANA korang akan terima azab selayaknya.

Fakta yang menarik!

Photobucket

Kali ini aku nak kongsi sedikit fakta menarik yang aku jumpa. Bukan lawak atau main - main. Tapi memang membuat kita rasa seperti macam tak percaya.

Antara - antara fakta yang aku jumpa adalah:-

1. JANGKAHAYAT bagi sekaki payung dianggarkan ialah sekitar 2tahun.

2. SEBIJI telur burung unta akan mengambil masa selama 4 jam untuk merebusnya sehingga keras. (Lama tue, siapa yang rasa nak makan tue kena mempunyai kesabaran yang tinggi).

3. MICKEY MOUSE korang kenal ke tidak? Kalau tak kenal. kesian!!! MICKEY MOUSE merupakan watak bukan manusia pertama yang memenagi anugerah oscar.

4. Orang - orang yang hobinya mengumpul dan menyimpan poskad di panggil 'deltilogist'

5. Kaki kiri ayam lebih lembut dari kaki kanannya. (Tak percaya try pergi tangkap ayam kat reban dan pegang).

6. Walaupun CHINA mempunyai penduduk melebihi 1 bilion orang, namun penduduk China hanya mempunyai kira- kira 200 nama keluarga ja.

7. Jumlah kelahiran di India setiap tahun adalah lebih besar angkanya daripada keseluruhan penduduk di Australia. (dahsyat-dahsyat, itu tandanya orang di India lebih apa?) he he he.

8. Hanya 18 buah negara sahaja yang pendapatannya melebihi pendapatan Bill Gates. ( Malaysia meang tak termasuk lagi)

Aku rasa setakat ini saja untuk kali ini, aku kongsi ngan korang semua. InsyaALLAH, kalau ada lagi akan aku kongsikan diblog ini balik.

Related Posts with Thumbnails