Pertarungan Antara hidup dan mati!!



Lama aku tak post tentang team favourite aku. Sejak untuk season baru nie, tak pernah langsung rasa. Dari team yang kata nak jatuh boleh nak fight untuk kejuaraan tahun nie. Of course la aku serita tentang team arsenal aku. he he he.

Baru-baru nie seri dengan Aston Villa, terlepas sudah takhta no satu. So sekarang aku harap sangat boleh menang dengan team Manchester United tue. Dalam keadaan rooney yang tengah perform dengan baik tue, harap-harap bomoh bolek kuatkan lai jampi, supaya Manchester main tak menjadi malam Ahad nie.

Aku nak Arsenal menang, so ada can untuk julang piala season nie.




Kesan provokasi!!!




Ingatkan dah settle? Tapi still ada provokasi.  Sudah-sudahlah, Dah lama org islam di Malaysia nie, berlembut hati.  Jangan sampai kami hilang kesabaran dan hormati hak agama yang lain.  Ingat sikit, Negara Malaysia telah diiktiraf sebagai Negara Islam. Walaupun tidak berlandaskan Islam, Tapi jati diri tetap islam.

 

Harap-harap agama lain boleh hormat agama kami macam kami menghormati agama korang. Jangan diberi betis nak paha pula. Nanti kami bagi Bawah betis baru tau kot!!! Dari provokasi yang dilakukan oleh orang yang tak bertanggungjawap tue, kepada orang islam jangan cepat melatah. Jangan lakukan perkara bodoh. Biarkan mereka, Sampai waktunya mereka semua akan sedar betapa buruknya, menganggu ketenteraman orang Islam.

 

Seandainya orang Islam di Malaysia bersatu, tanpa mengira darjat & fahaman politik. InsyaALLAH, takkan terrgugat kedudukkan sebagai orang Islam Di Negara Islam Malaysia ini. Harap dengan penyatuan ini, menguatkan lagi diri kita untuk berjihad ke Jalan yang diredhai ALLAH.

 

 


Apakah yang menyebabkan Maradona dipersalahkan?

World akan berlangsung tinggal berapa bulan ja lagi. Antara cerita panas untuk kelayakkan Piala Dunia kali nie. Seperti play - off antara Perancis Dan Ireland. Argentina Salah satu team yang hangat diperkatakan. Gambar dibawah menunjukkan kenapa Team Argentina takut ke Piala Dunia?



Bagaimana Gerhana Terjadi



Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya (ketika berlaku gerhana) digunakan oleh Allah untuk menakutkan (memberi amaran) kepada para hambaNya dan keduanya tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang di antara manusia. Oleh itu apabila kamu melihatnya maka dirikanlah sembahyang dan berdoalah kepada Allah sehinggalah Allah meneranginya semula kepada kamu (Sahih Muslim)

Perkara-Perkara Yang Disunatkan Ketika Menghadapi Gerhana

Hukum Solat Gerhana Matahari

Hukumnya adalah sunat muakkad atau pun sunat yang digalakkan sebagaimana difahami daripada hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana) apa dengan kamu.

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!!

Cara Bacaan Ketika Solat Gerhana

Pertama : Bagi solat sunat gerhana matahari, bacaannya adalah secara perlahan atau senyap berdasarkan hadis daripada imam Tarmizi daripada Samurah bin Jundub telah berkata : Nabi s.a.w telah sembahyang dengan kami pada kusuf (gerhana matahari) tidak didengari baginya suara.

Kedua : Bagi solat sunat gerhana bulan pula, bacaaannya adalah secara kuat menurut hadis diriwayatkan daripada imam Bukhari dan Muslim daripada 'Aisyah: Nabi s.a.w telah membaca secara kuat dalam solat khusuf (gerhana bulan) dengan bacaannya.

Bagaimana Gerhana Terjadi

Gerhana matahari berlaku apabila bulan yang sedang dalam perjalanannya mengelilingi bumi lalu bersetentangan dengan bumi dan matahari, dan bayangnya terkena pada permukaan bumi, maka terjadilah gerhana. Gerhana matahari hanya dapat berlaku ketika bulan baru, kerana pada masa itu bulan berada di sebelah bumi menghadap matahari. Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana kedudukan bulan adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari.

Gerhana Matahari boleh berlaku dalam tiga keadaan iaitu:

Gerhana Matahari Penuh

Gerhana matahari penuh berlaku apabila seluruh bulatan matahari ditutupi oleh bulatan bulan. Dengan kata lain, ketika saat gerhana matahari penuh ini, ukuran bulan dilihat sama besar atau lebih besar dari bulatan matahari.

Gerhana Matahari Cincin

Gerhana matahari cincin berlaku apabila keseluruhan bulatan bulan menutupi matahari. Namun disebabkan kedudukan bulan dan matahari, dan saiz bulan yang kecil berbanding matahari, maka bulatan matahari tidak tertutup secara penuh. Kesannya terdapat sinaran cahaya matahari yang membentuk seperti cincin kelihatan dengan jelas.

Gerhana Matahari Sebahagian

Gerhana matahari sebahagian terjadi ketika mana saat puncak gerhana, tidak seluruh piringan bulan menutupi piringan matahari. Hanya sebahagian daripada bulan sahaja yang menutupi matahari.

Gerhana bulan pula hanya boleh berlaku ketika bulan purnama. Ketika itu bulan berada bersetentangan dengan bumi dan terlindung daripada matahari. Ini bermakna bulan boleh termasuk ke dalam bayang bumi dan menghilang.

Gerhana Bulan boleh dibahagikan kepada:

Gerhana Bulan Penuh

Gerhana bulan penuh berlaku apabila keseluruhan bulatan Bulan masuk ke dalam bayangan umbra bumi. Pada ketika ini, kita dapat melihat bayangan bumi pada bulan. Tempoh gerhana bulan penuh ini boleh mencapai sehingga lebih daripada 1 jam 47 minit.

Gerhana Bulan Sebahagian

Gerhana bulan sebahagian berlaku apabila sebahagian bulan sahaja yang masuk ke dalam umbra bumi, dan sebahagian lagi berada dalam bayangan penumbra bumi pada saat kemuncak fenomena ini berlaku.

Gerhana Bulan Penumbra

Manakala gerhana bulan penumbra berlaku ketika mana bulan keseluruhannya masuk ke dalam penumbra bumi. Gerhana jenis ini tidak membawa sebarang perubahan dalam proses kenampakan bulan itu sendiri. Ini kerana pada gerhana bulan jenis ini, kenampakan gerhana hampir-hampir tidak dapat dibezakan dengan bulan purnama biasa.


Jom sertai Contest Lekat & Menang yang dianjurkan di www.azizwan.com



Seandainya ada rezeki duit rm50 ini kepunyaan aku!! Tak salah kalau mencuba. Siapa nak duit, mai la join contest anjuran www.azizwan.com nie... Mana la nak tau, kot-kot ada rezeki. rm50 banyak gak tue. Boleh makan untuk 5 hari.. Tapi untuk lunch je la. Tengok la perut besar mana.

Contest ini akan tamat pada 13 januari 2010 tepat 11.59pm. Kepada sesiapa yang belum join lagi. cepat!! senang je pun. lekat je gambar yang azizwan bagi tue. Kalau ada rezeki dapat gak.

Referral aku adalah x-po




Shortcut keyboard bagi Windows


Disini sekadar pengkongsian. Shortcut keyboard bagi window yang digunakan seharian oleh kita semua. Shortcut ini maybe menyenangkan & mempercepatkan kegiatan seharian kawan-kawan.


• Alt + PrintScreen = Tangkap gambar window yang sedang dijalankan.
• Alt + tab = Senang bertukar applications yang sedang beroperasi.
• Alt + f4 = Tutup file atau video yang sedang dibuka(penting nie, utk emergency).
• Ctrl + Alt + Del = Buka task manager untuk end task atau restart.
• Ctrl + tab = Penukaran diantara tabs dalam browser(hanya untuk ie sahaja).
• Ctrl + Click = Pilih Berbagai files, folders atau text entries tanpa ikut urutan.
• Ctrl + C = Copy files
• Ctrl + X = Cut files
• Ctrl + V = Paste files
• Ctrl + A = Select All
• Ctrl + Z = Undo last action
• Ctrl + F = Find / Search
• Ctrl + Esc = Buka Start Menu
• Ctrl + Home = Pergi ke permulaan penulisan dokumen.
• Ctrl + End = Pergi ke akhir penulisan dokumen.
• Ctrl + P = Printer
• F5 = Refresh your screen / refresh web page
• PrintScreen = Tangkap gambar window
• Windows Key + L = Switching logon screen
• Windows Key + U = Utility Manager (Narrator, Magnifier, on-screen keyboard.)
• Windows Key + R = Run command
• Windows Key + F = Cari Files
• Windows Key + E = Explorer
• Windows Key + D = Windows view
• Windows Key + M = Minimize all Windows

Aku rasa setakat ini saja shortcut yang selalu guna pun. Kalau nak ikutkan banyak. So untuk yang kita selalu buat dah la ye.

p/s - Untuk pengguna window saja, linux atau mac tak sama kot....

Apabila umat Islam bersatu!!!

Apa yang terjadi apabila kecoh, di berita tentang majalah Herald – The Catholic Weekly dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur? Banyak bantahan dan kemarahan dari umat islam. Tak kira dari parti mana. Semua umat Islam di Negara ini bersatu membuat memorandum bantahan tentang isu ini.

 

Aku rasa inilah saat yang paling bahagia bagi aku. Sudah lama aku inginkan keadaan begini. Umat Islam bersatu padu. Apa kebaikan sekiranya, umat Islam bersatu seperti sekarang tanpa menghiraukan bangsa, parti politik, asal usul, pangkat atau darjat. Keadaan begini membuat aku rasa best sangat. Alangkah indah umat Islam bersatu tidak berpecah macam sebelum ini.

 

Aku harap keadaan ini dapat dikekalkan untuk akan datang. Dalam keadaan sekarang maybe boleh menakutkan orang yang ingin menghina Islam. Keterujaan aku membuatkan aku posting melalui email, sebab kat office aku tak boleh online. He he he.

 

Related Posts with Thumbnails