Review Filem Ngangkung!


Lama gak blog aku nie, tak review tentang filem yang aku tengokkan? Biasa laa, selalunya aku tengok lambat, sebelum review dah banyak blog review, lagipun lebih kurang sama dengan yang aku nak review.

Kali nie, aku kongsi pendapat tentang filem ngankung yang aku baru tengok. Baru tengok tadi, balik terus review tue. He he he. Bagi pendapat aku memang best cerita nie, tersirat dengan pengajaran. Terutama bagi peminat SUP NOMBOR EKOR!



Memang kena dengan tema komedi seram, ada gak masa yang membuatkan aku terkejut.  Seram pun, ada gak. Memang sempoi, pada awal cerita saja dah membuatkan aku gelak tak ingat dunia, so kepada sesiapa yang tengok lambat memang korang akan terlepas babak yang paling best dalam cerita itu bagi pendapat aku la.

Jalan cerita memang best, Cuma bagi aku, kenapa bab hantu tue tak expose lebih lagi. Lagi satu, lakonan Shahezy Sam nampak cam selebet, sebab dok buat muka muram ja. Kalau guna muka natural dia, maybe bertambah best.

Kesimpulannya bagi aku memang best cerita nie, memang lawak dan confirm boleh membuat korang gelak. Aku berikan 3.8/5 bintang! He he he he..

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih kerana meninggalkan komen.
Sekiranya ingin mengetahui email anda sudah dibalas boleh klik pada
Subscribe by email di bawah kotak komen ini.

Related Posts with Thumbnails
DreamHost promo code