Kisah Orang Kaya Dan Seorang Sufi!

Kali ini, aku kongsi satu cerita. bagi korang apa yang boleh dipelajari dari cerita ini?

Pada Suatu hari, seorang lelaki kaya telah bertemu dengan seorang sufi yang berpakaian compang camping. Dia kelihatan terlalu miskin. Orang kaya berasa kasihan, lalu dia meyedekahkan sejumlah wang kepada sufi itu. Setelah mendapat wang itu, si sufi memandang muka orang yang kaya itu dan bertanya 



Sufi : Apakah tuan mahukan wang lagi sekiranya tuan berpeluang untuk memilikinya?

Orang Kaya : Sudah tentu aku mahu.

Sufi : Kalau begitu, ambillah semula wang ini, kerana tuan sebenarnya lebih miskin daripada saya. Tuan masih perlukan wang, sedangkan saya tidak memerlukannya.

Aku just kongsikan sebuah cerita yang aku baca. Kalau tak keberatan, tolong komen, apa yang korang faham?



1 comments:

Terima Kasih kerana meninggalkan komen.
Sekiranya ingin mengetahui email anda sudah dibalas boleh klik pada
Subscribe by email di bawah kotak komen ini.

Related Posts with Thumbnails
DreamHost promo code