Apa Ada Dengan Permaisuri Resort Port Dickson!



Minggu lepas aku berkesempatan bercuti ke Port Dickson. Tempat yang terpilih adalah Permaisuri Resort. So far, ini adalah kali pertama aku jejak kaki ke PD. Tak pernah lagi sampai disana. 

Untuk kali pertama ini pun, pergi sebab ada seminar. Kalau tak, confirm lambat lagi pergi ke PD. Bukan apa, banyak gak dengar cerita tentang PD nie, ada yang best, ada yang kurang best. Tapi bila dah pergi dengan sendiri baru tahu, best ke tak. Antara cerita yang kurang best, klik sini

Ok la, back kepada point yang aku nak kisahkan. Seandainya korang terlepas bercuti ke PD. Jangan lupa, check in la at Permaisuri Resort. Bagi aku memang best. Complete dia punya kemudahan. Aku ceritakan nie, pun bukan Permaisuri Resort yang suruh. Tapi benda baik, tak salah kalau aku kongsikan dengan pembaca blog ini. Lagi pun kena dengan tema Based on Experience! dari pengalaman aku.


Tetapi tak semestinya resort nie, paling best. Ada banyak lagi resort yang best kat PD tue. Cuma ini dari pengalaman aku. Untuk syarikat mana-mana yang nak buat Family Day. Permaisuri Resort ada siapkan semua. Memang berbaloi-baloi. Bilik-bilik yang ada pun, mesti puas hati. Aku baru nie, diorang bagi kat apartment 3bilik tidur. memang besar gila. puas hati.

fake tilt shift yang dipelajari dari bro azman ishak

TV semua siaran complete. Termasuk Astro, cuma siaran untuk astro hanya ada ASTRO RIA, ESPN, HBO je kot. Kalau kolam, memang best untuk kanak-kanak sebab ada gelongsor cam Sunway Lagoon.
Untuk Gym dengan Surau ada di tingkat satu. Tak lupa juga, untuk online. free wifi kat lobby. Tapi masa aku pergi hari tue, aku just guna maxis broadband. boleh tahan lajunya kat sana. maklum la, kat sana Umobile tak laju. ha ha ha.


Ok la, aku rasa setakat ini saja aku kongsi dengan korang semua. Seandainya korang jadi pergi. jangan lupa mention blog ini yang promote untuk korang. Confirm boleh dapat discount(melawak je). ini website dia.


p/s - Dengar kata ini resort baru. 

Kalau nak tengok gambar boleh klik kat sini.

2 comments:

  1. salam..
    datang cni cari info pasal permaisuri resort port dickson...search image jumpa blog ni...tq bro..
    dah alang2 datang, i follow blog u..link sy hazhatikuxlgkemek.blogspot.com

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana meninggalkan komen.
Sekiranya ingin mengetahui email anda sudah dibalas boleh klik pada
Subscribe by email di bawah kotak komen ini.

Related Posts with Thumbnails
DreamHost promo code