6/28/2010

Apa ada dengan Sunway Lagoon!

2:23 AM By

sunway lagoon


Tempat ini yang membuatkan aku tak cukup masa untuk meronda. Tapi puas hati. Bagi aku tempat yang sempoi untuk beriadah bersama keluarga atau buat family day bagi company besar-besar tue. Tapi lagi best kalau pergi time orang sibuk berkerja( isnin - jumaat ). Kalau boleh jangan time cuti sekolah. Memang sesak la jawapnya. Bagi sesiapa yang boleh tahan ok la. Tapi kalau dah ada anak sekolah, nak bawa pergi Sunway Lagoon memang kena time cuti la. Kalau tak, kesian..

Ok, kali ini, aku nak kongsi serba sedikit pengalaman yang aku pergi ke Sunway Lagoon, untuk peringatan masa depan aku danuntuk kawan yang dalam planning nak pergi akan datang.



1.  makanan dari luar tak boleh bawa masuk, siap check beg lagi. Kalau nak bawa masuk! pandai-pandai bawa sorok la. Tapi kalau nak beli kat dalam, memang mahal. Air mineral saja, dah rm3. lebih kurang 2 kali ganda dari harga barang kat luar. Sugestion, makan sebelum masuk, dan tahan lapar. keluar lepas tua, baru makan. Jangan risau, Sunway Pyramid ada. Lagi berbaloi.

2. Harga tiket untuk yang ada mykad dapat diskaun 25%. Kira warga negara Malaysia laa. Ada dua pakej, satu untuk All Park (5 park) lagi satu 3 park sahaja ( Water park , Amusement Park & Wildlife park). Bezanya tak ada Extreme & scream park sahaja. Tapi kalau untuk family, pakej  3 park pun dah cukup.
Untuk masuk free budak ketinggian bawah 9cm (dari umur 3thn hingga 11thn)  dan warga emas melebihi 60 tahun dengan bukti sekali. maksudnya nak tengok IC la tue. Setiap kali pembayaran akan ambil deposit rm10 untuk setiap jam(tiketla).Hanya akan dipulangkan bila korang bagi balik jam yang dipakai.

3. Sewa pelampung kat dalam, boleh tahan mahalnya. Untuk yang dua lubang rm15. Tapi kena bayar sekali deposit rm15 so total rm30. tapi dengan syarat, kena pulangkan sebelum pukul 6, kalau lambat sorry la. Burn la. Untuk yang satu lubang rm20 sekali dengan deposit rm10.
Photobucket

4. Loker untuk disewa kira melalui token, kalau korang datang tak ada orang jaga beg duit, atau benda berharga, simpanlah dalam loker yang disediakan, harga dia rm5.

5. Kelengkapan bagi orang islam, Surau ada dekat dengan pintu masuk, itu satunya surau yang aku nampak. kalau kat tempat mandi, aku tak nampak kat mana.

Aku rasa setakat ini saja yang mampu aku kongsi dengan kawan-kawan semua. Untuk tempat yang lain, akan aku update kalau aku sampai. sebab aku lebih kepada mandi je. Sorry.

Peringatan:- Hari selasa tutup, kecuali pada cuti sekolah.

7 comments:

  1. hehe . Memg best g sunway . G kat atas jembatan tu . Kan ada ikan paus . Huhuhu . Tapi yg buat x best

    Tiket mahal la .
    Makanan mahal
    Tandas pun berbayar . Dulu la . Skrg xtau . Haha

    ReplyDelete
  2. yana x pernah pegi sunway padahal dekat dgn umah.. huwaaaa... kekurangan sen la... =)

    ReplyDelete
  3. thanks for the info!nak pergi!!wieeee~

    eh jap..pakaian camna?boleh pakai tudung?baju?seluar?

    ReplyDelete
  4. ikram - sekarang tandas masuk free je.

    liyana aziz - xpe.. kumpul duit..

    qishie - pakaian ok, yg perempuan leh pakai tudung, utk yg mandi biasa. tapi kalau yang gelongsor tue, ada la syarat dia.

    ReplyDelete
  5. i didnt go to sunway lagoon for a very long time edy! =)

    ReplyDelete
  6. dah lama tak pergi sunway tapi boring plak kalau selalu pergi

    ReplyDelete
  7. aku tak pernah sampai lagi
    tambun pun best

    ReplyDelete

Terima Kasih kerana meninggalkan komen.
Sekiranya ingin mengetahui email anda sudah dibalas boleh klik pada
Subscribe by email di bawah kotak komen ini.