3/11/2010

Review filem Rempit V3 - Samseng Jalanan


Lama juga blog ini, tak diupdate dengan movie yang aku tengok. Bukan tak update. Cuma aku tengok lambat. Kalau nak bagi review pun, dah banyak blog lain buat. Sebab tue, aku tak buat review tentang filem yang aku tengok. Hobi aku memang suka menonton wayang. Saja nak ambil feel.

Kali ini, aku nak kongsi sikit cerita yang pertama kali Farid kamil jadi pengarah dengan pelakon utama V3 samseng jalanan. Sinopsis tak payah la cerita. aku just bagi komen tentang apa yang aku dah tengok. bagi pendapat aku la yang tak bestnya adalah :-



1. Cerita yang biasa saja, tak se-Best cam cerita adnan sempit.
2. Plot perceritaan yang agak tak best bagi aku. Maybe sebab terlampau banyak potongan kot, sebab tue tak thrill sangat.
3. Bagi aku lakonan Lisa sebagai Kamsah biasa saja. Tak ada pun tak apa kot.
4. Aksi yang kita boleh agak dan biasa saja.
5. Ending yang boleh di agak.


Yang best bagi aku tentang filem ini ialah:-

1. Lakonan yang best dari Radhi OAG.
2. Ada juga lawak.
3. Banyak perempuan seksi. (he he he)

Aku rasa setakat ini saja komen aku. Kalau ada apa-apa nanti aku tambah lain.
Maybe Farid Kamil masih baru untuk jadi pengarah. Ataupun disebabkan terlampau banyak potong menyebabkan cerita ini tak best dari aku. Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza. ini pendapat dari aku, dari korang selepas tengok cerita ini mesti lain. Yang penting, tengok dulu, baru tahu.

Sokonglah, filem kita.