kenapa begini?


Banyak persoalan yang bermain di kepala hotak aku.. entah macammana untuk aku huraikan.. Dalam pemerhatian aku di Bumi Malaysia yang fana ini.. (fulammak ayat intro!!).. Kadang-kadang aku terasa pelik dan hairan.. Aku tak tau sama ada kawan2 pun sama macam aku atau tidak..

Kenapa waktu sembahyang jumaat orang penuh kat masjid, tapi waktu sembahyang 5waktu yang lain orang kurang?

Kenapa speed internet kat Malaysia slow, tapi kata negara yang maju di Asia?

Kenapa aku ada blog, tapi aku jarang update?

Kenapa harga kereta disini lebih mahal dari harga sebenar diluar? (beza jauh sangat)

Kenapa orang pandai berhutang, tapi tak reti membayar?

Kenapa masih ada jenayah, walaupun dah ada polis?

Kenapa kita suka mendownload walaupun kita boleh membeli?

Kenapa ramai orang tetap suka bawa kereta walaupun tahu jalan sesak? (pagi waktu pergi kerja laa)

Aku rasa setakat ini saja kot, yang bermain di kepala aku... Maybe next-time boleh tambah lagi...

Apa nak jadi???


Orang tulis blog, aku pun sibuk nak tulis blog. Masa awal menulis banyak je idea untuk nak kongsi melalui blog ini. Tapi selepas beberapa bulan, dah jadi malas. Apa la nak jadi dengan aku ini.

Itulah, orang update blog tiap2 hari atau seminggu 3kali.. Aku sebulan sekali pun belum tentu lagi.. Entah apa yang main kat kepala hotak aku ini.. Setiap kali bila buka komputer je, terus hilang idea utk menulis. Memang aku tak layak untuk jadi seorang blogger kot buat masa sekarang..

Dulu, ingat nak jadikan blog ini untuk berkongsi atau memberi pendapat, tapi sekarang, habuk pun tarak. Aku inta maaf sangat2.. Aku akan cuba yang terbaik utk mengubah jadi sepeti yang aku inginkan...

Stresss!!!!

Aidilfitri yang tidak semeriah dulu.


Aku dapat rasakan, Aidilfitri sekarang tidak sama macam dulu. Sama ada aku dah besar atau aku dah tak dapat duit raya. Sebab tue, jadi tak meriah kot.. he he.. Apa yang menjelaskan hujah aku. Dari pemerhatian mata kasar aku laa... Mata halus aku rabun sikit.. he he..


- Dulu rasa macam ramai budak buat rombongan datang ke rumah.
- Sekarang macam kurang. Banyak budak2 ikut ibubapa.

- Dulu masa kat kampung, 10 malam terakhir banyak betul pelita.
- Sekarang sehari sebelum raya pun xde. kegawatan ekonomi kot. harga minyak tanah naik.

- Dulu main bunga api, keliling kampung, Rumah siapa yang banyak pelita, rumah itu tempat gotong royong main bunga api.
- Sekarang main adik beradik je.

- Dulu banyak berita pasal budak main mercun.
- Sekarang banyak berita tentang kemalangan jalan raya, tapi at least kemalangan juga.(ini tidak termasuk dalam tajuk meriah Aidilfitri)

banyak lagi yang aku rasa kurang, tapi aku rasa setakat ini je kot dulu. Apa pendapat kawan2 semua? tapi aku tengok banyak kawan2 yang lain kata best. Bagi aku, memang best. Cuma kurang KICK berbanding masa dulu.

Related Posts with Thumbnails