8/27/2009

Selamat Menyambut Ramadhan.

9:59 PM By ,



Dah nak masuk 7 hari kita berpuasa.Maybe dah terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Berpuasa kepada sesiapa yang membaca blog aku ini. Tapi takpe, at least aku ucapkan jugakan? kepada semua kawan-kawan semua dapat banyakkan :-
1 - Bersolat kat masjid.
2 - Berzikir.

Maklumlah, waktu inilah kita kena bersungguh-sungguh. Semua pahala digandakan pada bulan yang baik ini. So gunalah sebaik-baiknya. Jangan pulak buat bulan Ramadhan je. Kita teruskan hingga ke titisan darah kita yang terakhir. InsyaALLAH, boleh dapat berkat.

Kalau boleh kawan-kawan semua, kurangkan :-
1 - Mengumpat.(kurang pahala puasa)
2 - Tengok benda yang lagho.(maklumlah bulan puasa ini banyak dugaan)

Bagi kawan-kawan yang merokok tue, waktu inilah nak cuba untuk berhenti. Tapi untuk orang yang kuat semangat je. Yang takleh tue, kata apa pun tak guna. SMOKING FOR LIFE!!

Oleh itu sempena kedatangan Ramadhan hendaklah kita sama-sama hidupkannya dengan seberapa banyak amalan soleh disamping menjauhi segala bentuk maksiat. Jangan biarkan puasa kita setakat berlapar dahaga di dunia sahaja sedangkan di akhirat nanti hampa tanpa ganjaran atas apa yang dikerjakan.


8/17/2009

Kisah Tanah Melayu


Apalaa, blog ini asyik cite tentang melayu je kebelakangan ini. Aku pun tak sure kenapa? saja nak kongsi kot. Kali ini, aku nak berkongsi sedikit cerita. Tak tahu sama ada korang suka atau tidak. Tapi baguslah, sebagai peringatan.

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga
bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk
berdekatannya
adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja
dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,


Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi
negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak
antara
orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan.
Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun
kami
digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak
sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara.
Orang Melayu
perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi
perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai
kesamarataan
antara kaum.


Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera
ini bekerja dengan Tan Sri?


Tan Sri: Oh...sudah lama. Sivakumar ni dah bekerja dengan saya hampir 30
tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang
bekerja
dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling
berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.


Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham
syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja
dengan Tan
Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri
tadi.


Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar
gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika
mereka
nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham
syarikat saya pada mereka.


Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik
orang Melayu. Milik Raja-Raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam
Tan Sri
pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak
menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?


Tan Sri: ......... ........????????


Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku
dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan. Pendapat
anda?





Free Signature Generator

Free Signature Generator

8/16/2009

Sukar untk dipercayai!! he he


Macam tak percaya. Ustaz Akhil Hay Kahwin dengan Waheeda. Dulu kata tak ada apa-apa? Mungkin dah jodoh kot. Tapi sesiapa yang pernah dengar ceramah ustaz Akhil Hay dulu, mesti akan terasa. Dulu lain, sekarang dah jadi lain. Anyway, semoga mereka berbahagia.

Semalam aku terlepas perlawanan pembukaan Team Kesayangan aku Arsenal vs Everton. Apa punya penyokong la aku ini, aku ingat Arsenal lawan hari Ahad. Kecewanya aku. Yang menambah kekecewaan aku lagi, Aku tak dapat tengok game yang Arsenal menang 1-6 ini. Terpaksa la cari dalam youtube.

Sedihnya rumah ini, bila tak ada astro. Tak boleh nak tengok bola. he he he. Berbaloikah untuk aku, kalau pasang Astro semata-mata untuk tengok pada hujung minggu?(untuk Aku saja.)

8/14/2009

Melayari internet kembali SLOW!!!

12:46 AM By ,


Pelik! kenapa hari in mengambil masa yang lama untuk aku download sesuatu.
Ini semua terjadi kerana cable bawah laut TM di Taiwan mengalami masalah. Punca masalah belum diketahui lagi. Maybe angkara Taufan Morakot yang melanda Taiwan.
Masalah ini mungkin akan menyebabkan pengguna internet di Malaysia susah untuk melayari website yang berpengkalan di US. It's Ok, yang berpengkalan di Malaysia kan banyak lagi.

Harap-harap masalah ini cepat la settle. Tak pun kita minta TM bagi rebate kepada pengguna mereka. he he. Update blog macam berita plak. ;P.








Free Signature Generator

Free Signature Generator

8/08/2009

7 wasiat raja Melayu


Blog ini, bukan blog politik, tapi keadaan semasa membuatkan aku teringin untuk update tentang senario sekarang. Adakah kita sedar atau tidak, especially untuk orang melayu.

Petikan dari utusan online.

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:


1 Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

2 Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3 Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4 Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5 Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.

6 Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7 Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Daripada 7 wasiat diatas, aku dapat rasakan, keadaan sekarang agak membimbangkan. Bukan untuk aku saja, tapi untuk anak cucu aku nanti. Apa yang aku rasa untuk setiap dari 7 wasiat tersebut:-

1. No komen, Memang dah nama Malaysia.

2. Berapakah yang kita dapat berebut bersama kaum yang lain untuk 50% yang lain?
Tanah kita banyak yang tergadai, ekonomi bukan dipegang oleh kita.

3. Rejimen Askar Melayu? Sesiapa yang askar mesti dah tahu tentang ini.

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini. Bernasib baik dapat kekal pemerintahan kedaulatan melayu.

5. Islam sememangnya agama persekutuan, tetapi kita tak ikut berlandaskan islam. Aku pun bukan baik sangat, tapi aku boleh tahu yang mana halal atau haram.

6. Bahasa Melayu bahasa Kebangsaan. SPM Bahasa Melayu kena lulus kalau tak susah untuk dapat sambung belajar.. Bagus... Tapi bila nak kerja, pernah tak tengok iklan syarikat terbabit dimana bahasa lain di beri keutamaan?

7. Sebab wasiat ketujuhlah, Malaysia sekarang masih aman.



Aku tulis apa yang aku rasa sekarang, tolonglah kita bersatu, jangan sampai tanah tumpah darah kita jatuh kepada orang lain.



p/s - Takkan Melayu hilang didunia,
Tapi jangan sampai mengemis di Tanah Air sendiri.



8/01/2009

Pengajaran bila BONTOT kereta anda diLANGGAR!!!


Kali ini, aku nak bagi tips kepada sesiapa yang senasib macam aku. At least apabila terjadi sesuatu kat korang nanti, entry blog ini berguna juga. ha ha ha. 1stly, kepada sesiapa yang keretanya di langgar bontot. (selepas parking di sebelah jalan la yee)

1. Jangan rasa bersalah, walaupun anda membuat break kecemasan.

2. Perhatikan seluruh kerosakkan yang berlaku. (etc bonnet, lampu & bumper)

3. Buat pengiraan kos penyelenggaraan yang diperlukan untuk minta kepada orang yang melanggar bontot kereta korang.

4. Usah takut sekiranya, orang yang melanggar bontot kereta anda ingin membuat membuat laporan polis. Kerana korang boleh membaiki kerosakkan kereta korang dengan menggunakan insuran kereta yang melanggar korang.

5. Cuba selesaikan secara baik. Bergantung keatas budi bicara korang la. Berapa bayaran yang korang nak untuk selesaikan diluar. Tapi jangan terlampau tinggi bayaran, hari ini mungkin hari korang dilanggar belakang akan datang, belum tahu lagi.

Kepada orang yang melanggar bontot kereta orang.

1. Walau bagaimana pun, orang yang melanggar belakang tetap dikira salah.

2. Sekiranya anda rasa membuat laporan polis ok, lakukan saja tapi sedia wang saman lebih kurang rm300 kot. Kalau kereta baru ok la buat laporan untuk claim insuran. Tapi kalau kereta yang dah habis bayar korang akan rugi atas pembayaran insurans. Semua ini atas sebab NCB kereta korang akan kembali 100%.

3. Cuba cakap dengan lemah lembut, supaya orang yang korang langgar tue, tak rasa sakit hati sangat. Kalau tidak, pandai-pandai la.

So sentiasalah memandu dengan cermat. Ingatlah orang yang tersayang. Ingat jarak keselamatan kenderaan anda.



Free Signature Generator

Free Signature Generator