Duit, Kawan & Family!!!

Antara 3 tajuk diatas, manakah paling penting bagi korang semua? Ada orang pentingkan duit, ada orang pentingkan kawan, ada orang pentingkan family.. Walau apapun yang korang pentingkan, korang sendiri yang tahu... Aku tak tahu bagi pihak korang..

Bagi aku list kepentingan yang paling penting bagi 3 diatas adalah:-

1 - Keluarga aku...
2 - Kawan-kawan aku...
3 - Duit aku...

Ketiga-tiga ini penting bagi kehidupan aku di dunia ini.. Tapi dengan ketiga-tiga inilah yang boleh menaikkan saham aku di Akhirat kelak.. Jika pandai mengunakannya..




Kenapa keluarga aku no 1? bkn no 2 @ 3?
- Pertama kali aku lahir di dunia, benda pertama yang aku ada ialah keluarga..
- Keluarga aku tak boleh dibeli di pasar mlm @ pasaraya terbesar di muka bumi ini..
- Bila ada problem, keluarga yang akan cuba membantu aku..
- Doa anak yang soleh... Kategori keluarga gak.. untuk masa depan... he he


kenapa kawan aku no 2? bkn no 1 @ 3?
- Boleh berkongsi suka duka...
- Tanpa kawan, aku mesti jadi kera sumbang...
- Ada problem yang sesuai kita kongsi dengan kawan sahaja..
- Bila gaduh dengan awek, orang pertama aku cari.. Kawan aku..

list di atas, adalah untuk list bagi kawan aku yang bkn ada ciri2 spt berikut:-
- Kawan makan kawan..(faham2 je la ye)
- Bila senang kita kawan, bila susah aku sorang...
- Berkawan bukan kerana kepentingan sesuatu...


kenapa duit no 3? bukan no 1 ke sekarang?
- Sebab duit tak boleh beli keluarga dengan kawan aku yang sebenar...
- Duit boleh membuatkan keluarga pecah-belah...
- Duit boleh menyebabkan kawan tikam kawan...


Semua yang aku tulis ini, hanya buat masa sekarang yang terlintas di kepala aku, bila aku tengok contest yang dibuat oleh saudara khairil.. gambar yang di paparkan telah membuatkan aku untuk menulis entry tentang ketiga-tiga gambar tersebut(tamaknya).. Gambar tersebut memberi erti yang tersendiri untuk aku...


Aku tak mengharapkan kemenangan, tapi kalau dah menang rezeki la kan... Apa yang penting, gambar tersebut betul2 membawa erti bagi aku yang kadang-kadang semakin hanyut.. Terima kasih Khairil...



p/s - Kalau rezeki untuk aku, www.fazrol.com jadi pilihan..



Free Signature Generator

Free Signature Generator

beginikah orang kita....



Keputusan dah diketahui.. tapi entry ini bukan untuk ulasan untuk perlawanan tersebut.. Tapi untuk satu berita yang best berlaku di Malaysia yang aku sayangi.. he he he..
Aku tertarik dengan satu cerita di akhbar hari ini.. Tak sangka pula, kerana kalah dalam satu team yang kita sokong boleh membahayakan nyawa orang lain..

Sedarlah wahai kawan-kawanku, jangan terlampau agungkan sangat team luar itu.. Berminat pun, biar berpada-pada.. Diorang kalah atau menang dapat duit.. Kita yang tengok habis duit.. Tak salah untuk sokong, tapi jangan tercabut nyawa orang pulak..



KUALA LUMPUR: Kegembiraan 10 sahabat meraikan kemenangan pasukan mereka menjuarai ‘Piala Juara-juara Liga Eropah’ awal pagi semalam bertukar tegang apabila seorang rakan mereka dibelasah sekumpulan lelaki tidak dikenali, pagi semalam.

Dipercayai sekumpulan 20 lelaki bersenjatakan parang, kayu dan besi itu dikatakan mengamuk serta membelasah mangsa berikutan berang selepas pasukan yang disokong kalah dalam perlawanan itu.

Menurut mangsa, Muhd Radzeley Ramlan, 25, ketika kejadian kira-kira jam 4.40 pagi, dia dan beberapa rakan baru selesai menyaksikan perlawanan antara Manchester United dan Barcelona di sebuah restoran di Pudu Ulu di sini, apabila tiba-tiba diserang sekumpulan lelaki tidak dikenali.

“Masa menonton ada yang bersorak apabila gol dijaringkan dan mungkin menyebabkan kumpulan lelaki itu yang duduk selang beberapa meja bengang dengan kami.

“Saya tiba-tiba diserang dan seorang daripada lelaki terbabit melibas parang mengenai badan, lengan dan kepala saya.

“Rakan lain yang ketika itu sedang menuju ke kenderaan masing-masing membantu menyebabkan kumpulan lelaki terbabit bertempiaran melarikan diri,” katanya.

Dia yang cedera dihantar rakan untuk mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) dan menerima 18 jahitan di lengan kiri, kepala dan belakang badan.

Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim, berkata pihaknya sudah mengenal pasti kumpulan yang menyerang mangsa dan sedang mengesan mereka.

“Kami akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya. - sumber dari harian metro...



RADZELEY parah dibelasah ketika meraikan kejayaan Barcelona di sebuah restoran di Pudu Hulu, awal pagi semalam.












Free Signature Generator

Free Signature Generator

Apa perasaan korang???


Selepas klik gambar di atas...
Apa perasaan korang? Adakah kita sekarang berada di sebuah negara Islam?
Mungkin korang dah tahu tentang memo ini, tapi aku baru tahu hari ini.. So aku nak kongsilah dengan korang semua.. Maklumlah, tarikh memo tersebut dah 2bulan lepas...

Aku kot yang terlepas pandang... tapi apa-apa pun, Aku nak kongsi gak.. Mana nak tau, entah-entah ada juga orang seperti aku yang baru tahu tentang hal ini...
Nasib baik aku tak kerja kat situ, kalau tak, kat mana lah nak cari kerja waktu gawat-gawat macam ini..

Korang boleh tengok website syarikat ini, kat sini.. Aku rasa ini salah satu syarikat jualan langsung (MLM).. Syarikat orang Islam pun tak pernah menghalang orang agama lain untuk ibadat sewaktu kerja.. Inikan pula Syarikat Kafir yang hendak menghalang ibadat bagi orang Islam. gambar syarikat tersebut..




p/s - Kerja-kerja juga, AKHIRAT jangan lupa...




Free Signature Generator

Free Signature Generator

Lock Folder tanpa menggunakan sebarang software




Tak ada idea untuk aku nak update blog ini... so aku rasa, aku nak kongsi macammana untuk buat lock folder tanpa menggunakan sebarang software... cuma guna notepad je..
Jangan risau, aku dah try kat pc aku.

1. 1stly notepad, copy code dibawah dan save as sebagai locker.bat

2. Jangan lupa tukar password link yang berwarna merah.

3. Klik pada file locker tersebut.

4. Ikut arahan tersebut.



cls
@ECHO OFF
title Folder Locker
if EXIST "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" goto UNLOCK
if NOT EXIST Locker goto MDLOCKER
:CONFIRM
echo Are you sure u want to Lock the folder(Y/N)
set/p "cho=>"
if %cho%==Y goto LOCK
if %cho%==y goto LOCK
if %cho%==n goto END
if %cho%==N goto END
echo Invalid choice.
goto CONFIRM
:LOCK
ren Locker "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
attrib +h +s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
echo Folder locked
goto End
:UNLOCK
echo Enter password to Unlock folder
set/p "pass=>"
if NOT %pass%==type your password here goto FAIL
attrib -h -s "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}"
ren "Control Panel.{21EC2020-3AEA-1069-A2DD-08002B30309D}" Locker
echo Folder Unlocked successfully
goto End
:FAIL
echo Invalid password
goto end
:MDLOCKER
md Locker
echo Locker created successfully
goto End
:End


Amacam? jadi tak? Apa2 komen la.. kalau aku boleh tolong, aku tolong.

last day dream



Aku mulakan entry dengan korang tengok video ini... Apa yang korang rasa?
Dah 9hari aku tak update blog ini, dah terlepas untuk entry hari guru.. he he.. dah plan tue... Tapi apakan daya...

Aku pernah dengar,

"hidup ini takkan best kalau tak ada masalah..."
"Setiap masalah mesti ada jalan penyelesaianya..."
"setiap orang mesti mempunai masalah..."

betul ke apa yang aku dengar ini? Best tak hidup kita kalau tak ada masalah?

apa pendapat korang? komen lah...



Free Signature Generator

Free Signature Generator

Melayu Boleh!! terima kasih Tok Guru...


Adakah ini yang akan terjadi pada manusia akhir zaman. Aku dapat gambar ini, dari email aku. Saja nak kongsi dengan semua @ sesiapa yang baca blog aku yang naif ini..
Kalau tak nampak tue, tandanya................. (tak sampai hati nak sebut)he he he...

Alaa.. klik je gambar bagi besar baru boleh nampak...






Free Signature Generator

Free Signature Generator

Siapa kata ketam tidak boleh jalan kehadapan?

Seperti tajuk diatas. Video kali ini, mungkin akan membuat Karam Singh Walia, mendapat satu lagi pepatah melayu yang baru.



Rakaman ini dibuat oleh seorang jurukamera yang tak punyai pengalaman langsung. So jangan la kutuk lebih-lebih. Kesian kat diorang. By the way, Pengacara yang tak bertauliah ini pun, penyokong Arsenal... Bangga juga dengan Arsenal walaupun kalah.. he he...

Free Signature Generator

Free Signature Generator

oh ibu, oh mama, oh emak, oh ummi




Selamat Hari Ibu!!! Walaupun apa pun panggilan yang diberikan, inilah orang yang kita patut hormat, sayang dan berkorban segalanya. Pernahkah kita terfikir, apakah pengorbanan ibu kita yang paling besar? Bagi aku, pengorbanan yang paling besar adalah masa ibu mengandungkan kita. Pernahkah kita tahu masa itu, ibu kita paling teruk sekali. Bayangkan dengan perut yang besar dan berat. Ibu kita still buat kerja macam biasa.

Aku seorang lelaki, so aku aku takkan rasa pengalaman begitu, tapi sebagai suami, maybe kita boleh faham juga nanti. Bagi perempuan, maybe mereka akan rasa apa yang ibu kita pernah rasa masa hendak melahirkan kita. Betapa sakitnya ketika hendak melahirkan kita. sehingga Rasulullah S.A.W pernah bersabda:-





Ini berdasarkan hadits yang diberitakan dari Ubadah ibnush Shamit radhiyallahu anhu bahwa Rasulullah S.A.W menjenguk Abdullah bin Rawahah yang tidak bisa beranjak dari pembaringannya,
kemudian beliau bertanya : "Tahukah kalian siapa syuhada dari ummatku? orang-orang yang ada menjawab:Muslim yang mati terbunuh" beliau bersabda:Kalau hanya itu para syuhada dari ummatku hanya sedikit. Muslim yang mati terbunuh adalah syahid, dan mati karena penyakit kolera adalah syahid, begitu pula perempuan yang mati karena bersalin adalah syahid (anaknya yang akan menariknya dengan tali pusarnya kesurga)" (HR. Ahmad, Darimi, dan ath-Thayalusi) menurut Imam Ahmad ada periwayatan seperti itu melalui jalur sanad lain dalam Musnad-nya.


Sampai begitu taraf seorang ibu yang bakal melahirkan anaknya kedunia ini. Sekarang apa yang kita dah korban atau tunjuk kasih sayang kita kepada ibu kita? Seorang ibu tak pernah minta balasan dari anaknya. Pernahkah, ibu kita kata:-

" bagi kat emak duit bulan-bulan ye, bila dah kerja.. Installment masa mak mengandungkan ko, besarkan ko sampai dapat belajar dekat universiti, sampai dapat kerja"

Seorang ibu hanya mahu kebahagiaan anaknya, bila lihat anaknya bahagia dan berjaya dah cukup untuk membahagiakan hati ibu. Panjang pula aku mengomel kali ini.
cukuplah setakat ini rasanya. hayatilah ayat dibawah:-


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......



kesimpulannya... Tiap ketika adalah hari ibu... bkn pada tarikh tertentu saja...


p/s - sesungguhnya syurga itu dibawah tapak kaki ibu



Free Signature Generator

Free Signature Generator

Jahanam punya peragut....



Maaf(tajuk agak kasar).. Kejadian ragut antara kes jenayah harta benda yang berlaku setiap hari di negara kita. Dalam sebilangan kes, mangsa wanita mati atau mengalami kecederaan parah. Majoriti suspek kes ragut berjaya melepaskan diri memperolehi hasil tidak seberapa tetapi menyusahkan mangsa.


Aku tak tahu apa reaksi bila, kejadian ragut berlaku di depan aku.. Tetapi apa yang aku baca berita hari ini, memang betul-betul membuatkan aku rasa macam nak tembak ja peragut ini.. Apakah semua peragut ini tak ada hati atau perasaan??? b*ngs*t betul..
Orang yang tak bersalah jadi mangsa... Yang peragut masih bebas boleh beli dadah untuk melepaskan gian mereka...


Aku tak tahu macam mana lagi untuk kita nak bendung masalah ini.. Tak habis dengan rempit, dadah & lain-lain lagi.. Aku sangat sokong sesiapa yang belasah terus peragut ini sampai separuh mati(sampai mati pun xpe).. Tanpa belas kasihan.. Biar diorang rasa.. Tapi berapa kerat sangat lah yang kantoi kena tangkap, masih ramai yang bebas lagi..


Diharap adalah penyelesaian bagi masalah ini.. Kenapa aku marah sangat, baca kat sini


p/s - Bersama membanteras jenayah..



Free Signature Generator

Free Signature Generator

Cubalah pasti tak menyesal!!!

Selalu sangat kita mengadap pc atau laptop...
apa kata sekali sekala, kita exercise sikit tengkok kita...
Ayuh kawan-kawan... Baca poem dibawah...





p/s - Bila nak exercise jemput la ke sini...








Free Signature Generator

Free Signature Generator

Kehidupan harian...


Betulkah ini yang berlaku dalam hidup seharian kita sekarang?
Sekadar untuk berkongsi untuk keseronokan kita bersama...









Free Signature Generator

Free Signature Generator
Related Posts with Thumbnails