Datang lambat!!!!!

Pernah tak korang datang lambat? tak kira datang kuliah ke, kerja ke, date ke.. confirm korang pernah kan? Hari ini aku lambat pergi kerja. (itu point yg sebenar). Sekiranya korang lambat, apakah alasan yang selalu korang bagi?
Kat sini aku nak bagi tips skit, macamana nak jawap, jika ditanya “kenapa datang lambat?”. Confirm korang berjaya meloloskan diri dari dimarahi. he he… tipu je..

Jawapannya:

1. “Saya sakit perut sgt2, Ikutkan hati memang tak mahu datang terus. Tapi kerana
tanggungjawap, saya sampai jugak”

– tunjuk sikit komitmen kita.

2. “Saya sangkakan saya dah sampai Opis/kuliah, rupa-rupanya dalam mimpi saya sampai”
– tunjuk skit yang kita sampai termimpi2 nak datang kerja/kuliah.

3. “Tadi masa on the way nak datang moto saya tayar pancit, kecian saya kena tolak sampai ke
bengkel, sebab tue lambat. Bengkel tu buka lambat sangat.

– salahkan org lain yang bos/lecture susah nak cari.

4. “Jam loceng rosak plak, sebab tue saya lewat”
– salahkan benda yang tak hidup.

sebenarnya banyak lagi, yang penting kena ada alasan. Kalau boleh tue, jujur kan lah diri korang…. Kalau 1st time kena marah, baru boleh tipu sunat…

Lazada Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge